Usrati Jannati

Usrati Jannati

Usrati Fi Misr

Usrati Fi Misr

Keluarga Di Johor

Keluarga Di Johor

Keluarga Di Kelantan

Keluarga Di Kelantan
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BACAAN MALAM INI

Sunday, October 7, 2007

Surah al-Anbiya ayat 45-57 dan 102-112
Surah Kisah Para Nabi ini diturunkan di Mekah. Ia mengandungi 112 ayat. Ia dinamakan al-Anbiya kerana di dalamnya banyak diceritakan tentang kisah para nabi.

Antara lain surah ini mengajak kita semua menghayati dan mengambil pengajaran daripada sejarah para nabi yang berjuang mengerjakan dakwah, mengajak kepada mengesakan Allah. Kita juga diingatkan agar tidak memekakkan diri kepada ajaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam ini. Ini kerana orang-orang yang 'pekak' tadi pasti akan diazab oleh Allah nanti. Pada ketika itu, dengan hanya sedikit sahaja sentuhan dari azab Allah akan menyebabkan mereka mengeluh, menyesal dan mengaduh yang tak sudah. Pada hari yang dilaksanakan prosiding mahkamah Allah Yang Maha Adil itu, tidak akan ada sesiapa pun yang teraniaya. Ketelitian dan ketelusan ini digambarkan oleh Allah yang akan mengadili kerja dan amalan hambanya sekalipun ia sekecil biji sawi.


Perjalanan kisah dalam surah ini diteruskan pula dengan paparan dakwah nabi Musa, Harun dan Ibrahim alaihimussalam. Satu ketika nabi Ibrahim dalam usahanya berdakwah kepada ayahnya sendiri dan juga kaumya telah menunjukkan kepada kita hakikat di sebalik penyembahan patung berhala.
“Nabi Ibrahim: Apakah hakikat patung-patung ini sehingga kamu semua bersungguh-sungguh menyembahnya?
Kaum nabi Ibrahim: Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya.”
Sungguh menyedihkan dan sangat-sangat tidak berbaloi jika jiwa, fizikal dan kapatuhan jua ketundukan diberikan kepada patung yang tidak bernyawa semata-mata kerana ia tinggalan orang terdahulu. Hal ini juga boleh kita kaitkan dengan kedatangan Islam yang melarang orang perempuan diperdagangkan ke khalayak ramai untuk menari dan berdansa.

Benar, tarian zapin, inang, uda-dara dan sebagainya adalah warisan tradisional (Apatah lagi tarian dan joget yang diimport dari Barat yang identitinya banyak bertentangan dengan ajaran Islam dan kesopanan budaya timur). Tetapi oleh kerana ia dipersembahkan ke khalayak terbuka, kelembutan dan kehalusan gerak tari tadi bakal mengundang fitnah dan rasa syahwat kepada yang tidak sepatutnya. Tambah-tambah pula aurat perempuan tari tadi yang didedah rambut dan diserlahkan rupa bentuk tubuhnya menerusi pakaiannya pasti menggamit mata-mata bernafsu untuk melihatnya dan mendekatinya. Justeru Islam yang sifatnya sebagai penyelamat umat manusia telah meletakkan garis panduan yang bersesuaian iaitu, setiap adat dan amalan warisan yang tidak bercanggah dengan syariat boleh diteruskan. Secara tidak langsung kita dapat mengesan di sini kebijaksanaan Islam. Ia mengajak kita berfikir terlebih dahulu dan tidak melakukan apa jua perkara hatta ia adalah warisan dan tinggalan nenek moyang kita sekalipun.

Sebaliknya pula jika amalan, perbuatan dan pemikiran yang tidak bercanggah dengan Islam adalah disokong dan diteruskan. Apatah lagi jika amalan itu sememangnya dianjurkan oleh Islam seperti hidup bermasyarakat, datang ke masjid tiap solat lima waktu(tidak hanya untuk berterawih, solat Jumaat, Solat Raya dan sebagainya), bersedekah dan menunaikan zakat (tidak hanya kepada kepada orang lain, juga kepada diri sendiri yang kadang-kadang lebih memerlukan sedekah rohani dan pembersihan jiwa) membaca al-Quran sehingga khatam, berhenti merokok, mencegah maksiat dan banyak lagi.

Seterusnya di penghujung surah ini, diceritakan kembali suasana hari Kiamat yang menyaksikan orang-orang beriman dijauhkan daripada azab dan bakaran api neraka. Bahkan suara julangan api neraka itu pun tidak akan didengari mereka. Suasana huru hara yang mengerikan pada hari itu tidak sedikit pun merunsingkan mereka. Inilah janji, tawaran, perlindungan dan jaminan Allah kepada mereka yang patuh dan mengikut ajaran Islam.

Bagaimana pula dengan keadaan orang-orang yang ingkar dan melawan perintah Allah? Pastinya mereka dihumban ke neraka yang apinya menjulang-julang membakar dengan kepanasan yang memedihkan.

Daripada kisah dan bacaan ayat suah al-Anbiya ini sewajarnya memberikan kita panduan, motivasi dan dorongan untuk terus bersama dengan perjuangan Islam, mempraktikkan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Sekaligus menguatkan lagi akidah, iman dan pegangan kita semua.


Sehingga bertemu lagi dalam kembara ke Surah al-Hajj ayat 1-30 pula, insyaAllah!

Ramadhan ini

Tuesday, September 25, 2007

Adab Berpuasa
1. Bersahur
2. Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur
3. Berdoa ketika berbuka
4. Berhenti dari aktiviti yang tidak berfaedah
5. Bersiwak
6. Memperelok dan menambah usaha membaca
al-Quran
7. Melipat gandakan ibadat pada 10 terakhir



Puasa

1. Tubuh
2. Hati
3. Anggota pancaindera:
• Mata
• Telinga
• Mulut
• Hidung
• Kaki
• Tangan

Ahlan Ya Ramadhan !

Wednesday, September 19, 2007

"Ramadhan datang lagi! Suasana di Malaysia seperti biasa. Ramadhan merupakan pesta makanan di Malaysia. Hotel-hotel berlumba-lumba mempromosikan pakej berbuka puasa. Pasar-pasar Ramadhan tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Di rumah pula suri rumah tekun memasak pelbagai juadah. Di kaca TV pula program-program masakan dimuatkan menggantikan rancangan yang sedia ada, memberi laluan sempena Ramadhan. Di dada akhbar pula sudah ada jualan murah sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Di manakah letaknya konsep Ramadhan yang dianjurkan Islam? Ramadhan disambut seolah-olah sebagai satu pesta makanan yang telah menjadi adat dan budaya rakyat Malaysia. Malahan perbelanjaan di bulan Ramadhan ini lebih tinggi lagi daripada bulan-bulan biasa.

Bagi yang berpendapatan tinggi, inilah masanya menjamu selera di hotel-hotel lima bintang dengan juadah yang lazat-lazat dan enak-enak. Anak isteri dibawa bersama. Satu pakej keluarga bernilai RM150.00. Bayangkan makanan untuk berbuka puasa sahaja bernilai RM150.00. Alangkah baiknya membeli makanan secara ala kadar, wang yang selebihnya di sedekahkan kepada mereka yang tidak mampu menyediakan juadah berbuka.

Kepada yang mengunjungi pasar-pasar Ramadhan pula, juadah dibeli penuh tangan kiri dan kanan. Seolah-olah esok tiada lagi pasar Ramadhan. Bila waktu berbuka makannya tak seberapa, selebihnya masuk ke dalam tong sampah. Pembaziran berlaku. Alankah baiknya duit untuk makanan yang berlebih tadi disedekahkan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ramai lagi yang memerlukan wang kita itu.

Manakala suri-suri rumah pula sibuk di dapur sejak selepas sembahyang zohor lagi hinggalah mendepani waktu maghrib. Juadah dihidang penuh meja tapi yang makannya tak seberapa. Selebihnya masuk ke dalam tong sampah, alangkah membazirnya. Alangkah baiknya juadah tersebut dikirimkan kepada orang-orang miskin di sekitarnya, dapat juga menggembirakan mereka.

Alangkah baiknya program-program sia-sia dan hiburan semata digantikan dengan siaran-siaran yang berbentuk kerohanian, bukannya program makanan mengambil tempat. Begitu juga di dada akhbar.

Kembalikan roh Ramadhan yang sebenar, bukannya tempat melepas dendam makan kerana seharian tidak makan. Ramadhan adalah madrasah mendidik jiwa kita, membelenggu nafsu kita. Mendidik jiwa agar sentiasa sabar menahan lapar dan dahaga, sabar menahan marah kerana manusia mudah marah apabila dalam keadaan lapar, merasa insaf merasakan bagaimana penderitaan orang lain yang tidak dapat makan minum semewah kita. Mendidik nafsu makan kita baik sewaktu berpuasa apatah lagi sewaktu berbuka. Berbukalah secara ala kadar, sekadar mendapatkan tenaga untuk beribadat di malam hari. Bukannya untuk membalas dendam sebab siangnya menahan lapar, dan akhirnya badan menjadi lemah dan layu untuk beribadat di malam hari.

Pada waktu malam gunalah sepenuhnya untuk beribadat. Sembahyang terawih jangan dilupakan. Jika tidak dapat dilakukan di masjid, lakukan di rumah kerana pahalanya amat besar dan tidak ditawarkan pada bulan-bulan yang lain. Sembahyanglah lapan rakaat jika anda ada urusan yang lebih penting ataupun anda ingin melakukan amal yang lain. Jika sekadar nak menonton TV dan berbual-bual kosong, eloklah disambung sampai dua puluh rakaat. Dan sekiranya badan anda mampu pergi lebih jauh, lakukanlah sembilan puluh rakaat. Buatlah ikut kemampuan masing-masing, yang penting jangan ditinggalkan.

Di bulan Ramadhan ini juga banyakkan bersedekah daripada membeli makanan yang melampau banyaknya. Pahala sedekah di bulan Ramadhan ini berlipat kali ganda. Jadi rebutlah peluang yang telah disediakan oleh Allah swt ini. Di samping ibadah-ibadah umum, lakukanlah ibadah-ibadah khusus yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu: Solat Terawih dan Tahajjud, membaca Al-Quran dan bersedekah.

Pergunakanlah Ramadhan ini sebaik-baiknya kerana inilah tawaran daripada Allah s.w.t. buat hambanya. Bulan inilah bulan yang paling istimewa. Jadi usah biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Apatah lagi dengan penganugerahan Malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bayangkanlah!

Nilai Sebuah Hadiah

Friday, August 10, 2007

Pada malam itu, beliau diberi hadiah istimewa. Anugerah yang bermakna kepada diri beliau dan seluruh manusia sejagat. Tidak lama sebelum itu, beliau dirundung sedih dan pilu. Isteri tercinta dan bapa saudara yang selama ini menjadi pendorong kuat kepada beliau telah dipanggil mengadap Tuhan. Harapnya, dengan penganugerahan pada malam bersejarah itu akan mengurangkan sedih di hati beliau. Tugas beliau yang maha berat memerlukan beliau diperkasakan sedemikian rupa.

Pada malam itu, beliau dibawa dari bandar di tengah padang pasir menuju ke tanah tempat bekas raja kepada manusia, jin dan burung. Di situ, di tanah itu, sebuah bangunan 'suci' tersergam; kiblat pertama orang Islam. Beliau seterusnya, mengetuai para nabi dan rasul dari balik lakaran sejarah yang mewakili variasi kawasan mengerjakan solat; simbolik sebuah pengabdian kepada Tuhan. Semuanya di tanah itu, tanah suci.


Perjalanan beliau yang masih panjang pada malam itu diteruskan sehingga beliau membawa pulang anugerah dan hadiah kepada umat sejagat. Penghibur kepada diri beliau dan penghibur kepada kita semua. Hadiah itu berupa talian kebahagiaan, ketenangan dan inspirasi kejayaan buat mereka yang tahu mengkhusyuki (baca menghargai dan menghayati) nilai sebuah pemberian.


Sempena mengingati peristiwa Israk dan Mikraj ini, marilah kita melihat kembali 'bungkusan' hadiah itu. Fardhu solat merupakan kurniaan pada malam bersejarah. Solat lima waktu adalah lambang kasih sayang seorang 'beliau' yang sangat sayangkan umat manusia. Sanggup berulang alik mengadap Tuhan Pencipta alam, menepis rasa malu, demi umat yang diharap mampu menilai dan berfikir.


Dimanakah nilai solat dalam hati kita sekarang? Bagaimanakah lintasan hati kita tatkala disebutkan perkataan solat sekarang? Dimanakah solat kita? Sungguh kita mempersiakan hadiah itu jika dengan mudahnya kita meninggalkannya apabila bertembung dengan perlawanan bolasepak atau konsert hiburan. Sungguh kita memperkecilkannya jika dengan mudahnya kita meninggalkannya apabila bertembung dengan kesesakan lalulintas yang teruk. Sungguh kita tidak reti berfikir dan menilai jika kita bermudah-mudah dengannya.


Marilah kita mengemaskini gerak kerja solat kita. Membaik pulih ruang khusyuk yang masih berlopang. Menambah ilmu tentang rukun dan cara persembahannya. Moga solat kita benar-benar berharga dan bernilai apabila dihadapkan kepada-Nya.


Sollallahu ala saidina Muhammad wa ala alihi, wasohbihi wasallam.

Terkandas

Monday, July 30, 2007


Awal Julai aku jadi tak menentu. Panggilan dan mesej bertalu-talu dari tanah air akhir Jun sebelum itu membuatkan aku tanpa teragak-agak menempah tiket pulang. Dalam keadaan tak menentu itu, aku jadi terlupa, ada lagi yang turut merancang. Dan tiba-tiba aku mendapat tahu keluarga di tanah air juga tidak mampu membantu aku meneruskan hasrat segera bersama ibu yang sedang sakit. aku tidak jadi pulang.

Akhir Julai, desakan itu datang lagi. Kali ini dengan jaminan bahawa separuh dari harga tiket mampu dihulurkan keluarga. Hatiku berbunga riang. Namun, pengajaran di awal bulan segera mengingatkan. Dalam keadaan yang masih belum pasti itu juga, baru kusedari pasport aku sudah pun tamat tempoh dan pasport baru yang ku pohon masih belum sampai ke kaherah.

Kerja datang lagi. Setelah berbincang dengan isteri, kami memutuskan untuk berpindah ke Tonto, kawasan yang lebih dekat dengan tempat pengajianku. Kami terpaksa menyiapkan urusan rumah pula. Rumah di Kaherah yang sekarang kami duduki dan rumah di Tonto yang bakal kami diami.

Dalam masa yang sama tanggunggjawabku terhadap Warta, buletin suara rasmi persatuan di sini begitu membutuhkan aku meneruskan penerbitannya. Kami merancang untuk menerbitkan Warta dua kali setiap bulan. Bekerja sebagai ketua pengarang untuk sebuah buletin mahasiswa memerlukan anda menjadi seorang yang kuat dan berdaya tahan.
Dan aku sungguh merasa 'kekeringan'.

Barangkali Tuhan sudah mentakdirkan ruang terkandas ini untuk aku dan isteri meminta maaf kepada semua yang mengenali kami, khasnya yang berada di Mesir kerana tidak dapat mengkhabarkan secara bersungguh-sungguh tentang kepulangan kami. Begitu juga kami ingin mengambil peluang ini untuk mengalungkan ucapan jazakumullahu khairal jaza kepada yang semua sahabat, jiran, dan kenalan yang membantu perjalanan kami kali ini. semoga kita berjumpa lagi.

-Dari kami yang terlepas penerbangan ke Kota Bharu di KLIA-

p/s: kami turut ditemani oleh Suwaibatul Aslamiah yang turut mengalami nasib yang sama buat kali kedua. Huhu :)

Kem Latihan Penulis (KELAP) Siri 1

Thursday, July 19, 2007

Kem Latihan Penulisan (KELAP) PMRAM 2007 untuk genre karya kreatif hari ini membuka tirai taqwim Badan Penerangan dan Penerbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selepas fasa pembelajaran untuk semester kedua. KELAP dijayakan di Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor Haiyu Thamin.

Tirai program dibuka dengan kalam pembuka bicara daripada pengarah KELAP, Ustaz Mohd Azmir Maideen yang mengharapkan KELAP mampu untuk melahirkan Azhari yang mampu untuk menulis dan melebarkan sayap Islam dengan kekuatan dan keajaiban pena. "Mengasah Pena Menempa Wibawa" merupakan tema yang dipilih untuk KELAP pada sesi ini.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan kalam taujihat daripada Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad yang menjadikan ayat pertama dan kedua surah Nun sebagai panduan dan titik asas permulaan perkembangan ilmu-ilmu Islam.



Apa yang memeranjatkan, kehadiran Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain selaku Presiden PMRAM dengan hanya berkain pelekat kerana masalah kesihatan sebagai perasmi program pada hari tersebut menjadi pemangkin dan pembakar semanagat malah menunjukkan keprihatinan seorang presiden sebuah persatuan induk untuk bersama-sama menjayakan program bersama ahli.



Majlis dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja karya kreatif oleh dua orang panelis yang tidak asing lagi di dalam dunia penulisan di Mesir iaitu Ustaz Mohd Zaki M. Noor, Ustaz Nurul Hisyam Mohammad dan seorang wakil daripada muslimat yang juga penulis Mesir yang berbakat iaitu Ustazah Siti Khadijah binti Abd. Ghaffar atau lebih dikenali dengan nama penanya Sammaituha Najwa.

Pembentangan kertas kerja yang mengambil masa hampir 2 jam itu dirancakkan lagi dengan sidang conference bersama wartawan akhbar Berita Harian yang juga merupakan bekas penuntut Universiti Al-Azhar, saudara Nazmi bin Yaaku dan setiausaha Rumah PENA, saudara S.M Zaki yang merupakan penulis yang tidak asing lagi di tanahair.

Setelah selesai pembentangan kertas kerja, program ditangguhkan untuk solat Zohor dan makan tengahari.

Majlis disambung semula pada jam 2 petang dengan slot bengkel di mana para moderator membaca semula semua karya yang dihantar dan semua karya tersebut dibedah dan di kenal pasti segala kelemahan dan kesalahan untuk dimuhasabah. Slot yang mengambil masa hampir 3 jam menjadi penutup kepada KELAP PMRAM 2007.

KELAP PMRAM pada sesi ini menerima penyertaan yang cukup memberangsangkan dimana hampir 80 orang peserta ikhwah dan akhawat yang turut serta untuk menjayakan KELAP PMRAM untuk sesi 2007 ini.

Berikut adalah wawancara antara Wartawan Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM dan Pengarah Kem Latihan Penulis PMRAM (KELAP), Ustaz Azmir Maideen.

WBPP: Apakah pandangan ustaz, adakah tercapai sasaran program ini?

U. Azmir: Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Taala kerana diberikan ruang yang selesa untuk mengendalikan program ini Kem Latihan Penulis (KELAP) pada tahun ini. Pada pengamatan saya, program yang dijalankan pada 8 Julai 2007 di Dewan Ibnu Sina Kompleks Rumah Johor baru-baru ini boleh dilebalkan sebagai kejayaan pertama KELAP. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dari sudut pengurusan dan gerak kerja. Subjek kehadiran pula jelas memperlihatkan kesungguhan para peserta yang masing-masing memliki bakat dan kemahiran luar biasa untuk memajukan diri di dalam seni penulisan ini. Pihak KELAP juga turut merakamkan rasa gembira kerana mendapat kerjasama yang padu daripada moderator-moderator karya kreatif seperti Ustaz Zaki Mohd Nor, Ustaz Nurul Hisyam Muhammad, Ustazah Siti Khadijah Abdul Ghaffar dan Ustazah Nor Saidah Salim. Sekalipun kecenderungan gaya penulisan kreatif ini lebih bersifat santai, namun ia sebenarnya mempunyai peluang untuk diterapkan nilai-nilai dramatik dalam seni bina dakwah dan akhlak. Sehingga kini saya masih tertanya-tanya bagaimana Al-Marhum Ahmad Boestamam mampu mencipta sebuah karya kreatif seperti karangannya ‘Merintis jalan Ke Puncak’, yang berjaya mengangkat alam Melayu untuk bangkit menentang penjajah di zaman pra-merdeka. Kerana itu saya yakin jika para peserta menerokai seni penulisan kreatif untuk kebaikan Islam, sudah tentu ia mempunyai potensi besar menggugah kesedaran beragama ke dalam diri pembaca. Saya percaya para peserta sedar tentang perkara itu.

WBPP: Benarkah terdapat dana bantuan dari individu tertentu untuk program ini? Berapa? Pendapat Ustaz?

U. Azmir: Pertama sekali sebelum menjawab soalan ini, saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan sama ada dari sudut kewangan, tenaga secara langsung ataupun tidak langsung. Memang benar ada sumbangan kewangan yang disalurkan dari individu tertentu untuk menjayakan program ini. Dengan jumlah LE300 yang diberikan membuatkan saya berasa kagum keharuan kerana nisbah bagi seorang ahli PMRAM yang melakukan begitu sebenarnya sangat besar untuk diterima sebagai sumbangan. KELAP mengakui tidak mempunyai sumber kewangan yang hebat sebagaimana sebahagian BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) yang lain kerana mampu memliki dana yang besar untuk setiap kali program. Namun sumbangan yang diberikan nyata membuktikan kekuatan mahasiswa-mahasisiwi Al-Azhar untuk terus megah menjayakan program anjuran PMRAM.

WBPP: KELAP siri seterusnya, bagaimana pembawakannya?

U. Azmir: Insya Allah seusai program penulisan genre kreatif, KELAP akan cuba membentuk siri kedua pula bagi memantapkan teknik penulisan untuk genre non-kreatif. Penulisan non-kreatif yang juga diistilahkan sebagai penulisan ilmiah sebenarnya merupakan elemen penting untuk penyebaran dakwah dan berinteraksi dengan masyarakat. Ia juga sebagai respon pada fenomena atau gejala yang berlaku dalam mencari sesuatu penyelesaian dengan menggunakan teknik kajian yang tepat dan mendalam. Hasrat program ini diadakan supaya saluran dan cara penulisan non-kreatif dapat disebar luaskan demi kebaikan mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar. Ini kerana ia merupakan karamah dan warisan seni para mujaddid Islam. Dikesempatan ini, KELAP mengharapkan agar program siri kedua ini juga akan mendapat tumpuan dari ahli-ahli PMRAM seterusnya menjayakan program tersebut.

Warta Pertama Sudah Terbit

Dari hati ke hati

Assalamualaikum

Februari 07: Muktamar PMRAM

ENAM bulan berlalu dan suara rasmi sesi ini baru dilahirkan ke dakapan ahli. Meladeni lumrah anak yang baru lahir, kami sememangnya masih lemah; dambakan bantuan, bimbingan jua dokongan berterusan untuk meneruskan survival. Harapan kami, anda boleh membantu dengan membeli setiap keluaran buletin ini. (Dapatkan di koperasi bkan dan dpm berdekatan pada 18 dan 28 hb setiap bulan.)

Sokongan pembaca bukan sebarang dipinta. Dalam keadaan pertubuhan kita perlu menumpukan perhatian kepada dana apartmen, modal pusingan untuk pengeluaran suara ini secara totalnya terpundak ke bahu khalayak ahli. Jadilah pembeli tetap kami!


Kami menyeru kepada barisan YDP dan Pengerusi DPM agar dapat memastikan Warta yang dipasarkan ke tempat masing-masing tersebar ke setiap rumah ahli. Dan pasti saja lebih berkesan jika setiap pimpinan di setiap peringkat memulakan langkah dengan masing-masing memiliki naskhah suara rasmi Pertubuhan Melayu Republik Arab Mesir ini pada setiap keluaran.

Hakikatnya, kandungan buletin ini adalah simbolik kepada jeritan batin dan catatan peristiwa anda jua. Kami pula hanyalah sekumpulan manusia yang diamanahkan untuk menguruskan suara anda dan menterjemahkannya ke dalam bentuk susunan rubrik sebuah buletin. Dalam keluaran ini, kami paparkan raungan perihatin anda terhadap perkembangan Fatah dan Hamas, pekikan peduli anda terhadap ibu mengandung yang memerlukan cuti kerja yang lebih, tempikan benci anda terhadap penentang Islam, Salman Rushdi dan banyak lagi. Begitu juga kami bentangkan lakaran peristiwa dan berita dari setiap bkan juga dpm untuk lebih mengukuhkan hubungan di kalangan ahli.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan atas segala teguran membina yang bakal anda curahkan kepada kami berhubung buletin ini. Ahlan Wasahlan juga kami dedikasikan kepada sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan material, tenaga (pintu editorial sentiasa terbuka untuk krew baru) artikel dan apa sahaja untuk melancarkan lagi gerak kerja Warta. Akhirnya dengan rendah hati, kami persembahkan Warta; suara anda kepada anda!

Salam hormat,

Mohd Nurul Hisyam Mohamed
Ketua Pengarang Warta 2007

Antara Lelaki Dan Wanita

Thursday, July 12, 2007


AKU, KAU BERBEZA. AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.


BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin dan banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH. sayangnya ALLAH kepada wanita.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin. Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-NYA.

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya”.
(Ali-Imran:103)

“ Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "



Kisah Tauladan : Kerana Sebiji Epal

Sunday, July 8, 2007

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.


Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.


Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya.

Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:
“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

Di Sebalik Ujian Hidup

Saturday, July 7, 2007

" Oh Tuhan, pimpinlah hati ini, untukku menghayati oh petunjukmu, walau diuji kesabaranku juga keimananku, tidak tercabar keyakinan ku pada janji-janji-Mu. Tetap bersujud di hadapan-Mu meraih cinta-Mu, seluruh jiwa aku serahkan hanyalah untuk-Mu "

Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar (kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah SAW lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan.

Kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari kepentingan keperibadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa masyarakat. Sedang kemewahan menjadikan kita manusia yang sibuk dengan keperluan dan kepentingan diri bahakan kadang-kadang menjadikan rakus walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.

p/s Falsafah hidup : " Everything happen for a good reason "

Sanah Helwa Ya Abu Akhfash

Wednesday, July 4, 2007


Selamat hari Lahir kepada Adinda
Luqmanul Hakim,

" Jadilah seperti pohon yang rendang,
tumbuh di tepi jalan,
dilempar orang dengan batu
tapi membalas dengan buah " .

Ujian dan Tarbiyah

Friday, June 29, 2007


Kesenangan yang datang tak akan selamanya
begitulah selepas susah ada kesenangan
seperti selepas malam, datangnya siang
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan.

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa.

Jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.


Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
semuanya adalah nikmat dari Tuhan.

--------------------------------------------------------------

Di Kala sempit, tika dihimpit kegusaran
Bagaikan bahu mendukung langit
Jerihnya kehidupan.

Di manakah arah dikau terkapaikan sinar
tadahkan lah doa seikhlasnya
nescaya kan di dengar.

Dah dugaan dunia, banyakkan lah bersabar
moga kita dilindung Allah Yang Maha Agung.

Di kala hajat hatimu tidak kesampaian
pintalah keredhaan dari-Nya
mestikan dimakbulkan.

Ya Ilahi...

Tatkala kita diuji ketabahan Jiwa
Rasanya diri kan lebih yakin
andai ada-NYa bersama.

Andai imanmu tergoyang digoda bisikan
tunduk sujud ke arah-Nya
bisa muncullah bimbingan.

Jiwa kecewa sukar tuk menerima takdir
percayalah kan ada hikmahnya
di sebalik yang zahir
moga kita dilindung Allah yang Maha Agung.

Kunci kedua dan ketiga

Monday, June 25, 2007

Dalam keadaan kepala dipenuhi dengan dugaan dan berita yang tak terduga aku gagahkan tangan untuk menyambung sebuah cerita.

Memantapkan hafalan matan (syair Arab). Perkara ini sangat penting bagi mempelajari ilmu Qiraat. Tulisan aku ini juga kufikir boleh dimanfaatkan oleh kawan-kawan sealiran. Menghafal adalah sesuatu yang lazim bagi diri kita. Dalam tempoh cuti yang panjang ini, sesuai sekali untuk dimanfaatkan dengan menghafal secara berdikit-dikit. Sehari satu muka surat. Satu kapasiti yang tidak terlalu banyak untuk diaplikasi. Apa yang perlu ialah disiplin dan ketekunan. Semoga berjaya!

Membikin sebuah buku. Untuk mencapai target ini, aku bahagikan 16 minggu kepada 4 fasa yang meliputi fasa mengumpul maklumat, menulis, mengesahkan dan menerbitkannya ke pasaran. Rasanya aku sudah tidak mampu untuk berbicara dengan lebih lanjut tentang perancangan cuti kali ini kerana terlalu banyak berita luar jangka yang tali temali berkunjung.

Kepada umi, semoga pembedahan hari ini akan berjaya!

Oh Tuhan !

Saturday, June 23, 2007

Sejak seminggu yang lalu, ummiku sakit kuat. Sakit yang sudah lama ditanggunginya tetapi semakin serius dan parah. Hatiku sudah mula dirundung duka. Beberapa kali aku menelefon ke rumah, aku mendengar suara ummiku agak slow dan lemah. Adakalanya, sedang kami berbual, ummiku menangis. Oh Tuhan, hati anak mana yang tidak sedih mendengar ibunya menangis? Hatiku semakin hiba mengenangkan keluarga di Tanah Air sana.

Pagi tadi, aku dikhabarkan, ummiku sudah ditahan di Wad. Sebetulnya, ummiku dan keluarga sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menghantar adikku bagi memulakan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. UIAM . Dalam perjalanan pergi, singgah di Kuantan menziarahi atukku yang sedang sakit. Rupanya, ummiku pula yang terpaksa ditahan di wad kecemasan dan terus berpindah ke wad lain.

"Ya Allah, Kau selamatkanlah ahli keluargaku. Berilah kami segenggam ketabahan dan segunung kesabaran dalam menempuhi ujian ini ".

Hatiku merintih lagi, arghh... aku ingin pulang ! aku ingin pulang ! untuk menatap wajah ayahbonda tercinta. Aku ingin pulang. Oh Tuhan, Izinkanlah...

Cuti musim panas

Friday, June 22, 2007


Sepatutnya cuti kali ini aku berada di Malaysia. Bukan sebab lain, abah dan ibu adalah faktor utama. Ya, keluarga. Sudah lima tahun kaki ini tidak menyentuh tangga rumah di Kubang Kerian. Namun, keadaan masih belum mengizinkan. Belum ada rezeki lagi, kata orang. Tak mengapalah. Walaubagaimana pun, masa itu tetap akan tiba. Aku yakin.

Memandangkan peluang untuk bercuti di Malaysia belum nampak jalan, ada baiknya jika plan pengisian aku buat untuk memanfaatkan musim panas di bumi ini. Bumi Mesir. Dan aku meletakkan hantaran blog hari ini adalah ibarat manifesto kepada diri sendiri untuk mengisi sebuah percutian.

Diri sendiri

Mengapa diri sendiri? Sebab aku dah berkahwin. Plan yang aku rancang sekarang mestilah mengambil kira kewujudan si dia tersayang. Sebagai ketua keluarga, yang juga seorang pelajar, pertimbangan yang sewajarnya amatlah penting agar kedua-dua pihak beroleh manfaat dan diberkati. Namun, dalam hantaran kali ini cukuplah kiranya kukatakan bahawa dalam merangka sebuah perancangan, keadaan dan kemampuan diri turut diberi perhatian.

Plan untuk diri sendiri kupilih untuk menjadi perintis manifesto Soifi 2007. Di bawahnya tiga kata kunci yang pasti dan mesti dilaksanakan. Pertama, Memantapkan hafalan al-Quran. Kedua, memantapkan hafalan matan(syair Arab). Dan ketiga membikin sebuah buku.

Bagaimana hendak memantapkan hafalan al-Quran? Tasmik (Memperdengarkan bacaan tanpa melihat Mushaf). Bagiku, memantapkan hafalan al-Quran tidak ada jalan lain. Sebab itu aku sangat tidak bersetuju apabila kawan-kawan dari Shoubra atau siapa sahaja yang pernah menghafal al-Quran memilih untuk membaca di hadapan Syeikh dengan melihat Mushaf. Hafalannya tak akan ke mana. Malah lambat laun, perasaan kasih dan erat bersama al-Quran akan beransur-ansur hilang. Natijahnya, gelaran Hafiz al-Quran itu hanya tinggal nama dan gelar sahaja.

Dan aku memilih untuk menjadikan isteriku sebagai pentasmikku. Lebih mudah, lebih dekat dan dia juga beroleh manfaat. Mengapa tidak keluar rumah dan pergi ke majlis-majlis halaqah? Bukan tidak pergi. Tapi buat masa sekarang, aku memilih untuk memulakan dari rumah.


Ops. Tulisan ini terpaksa berhenti disini, kerana perancangan terpaksa diubah sedikit. Tetap juga berada di bawah tiga kata kunci utama. Bersambung pada entri akan datang :)

MAKLUMAN PENTING!

Saturday, June 16, 2007

MAKLUMAN!

Tarikh akhir penyertaan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2007!

Sertai pertandingan terjemahan SKEK 38 (Suara kampus Edisi Kelantan) 2007.

Bersama mengasah kemahiran berbahasa Arab

Dapatkan SKEK terbaru di pasaran. Hadiah menarik menanti anda. :D

Al-Fatihah buat saudara kita

Thursday, June 14, 2007


Kami berlindung dari syaitan yang direjam dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Pagi ini kami mendapat satu offline mesej dari teman-teman yang berbunyi,

'Salam. al-fatihah buat arwah Muhammad bin Ishaq b Abd Rahman (Terengganu-Mansuroh) yang meninggal dunia pada jam 11.30 malam tadi. Beliau telah ditetak oleh seorang pelajar selangor. Pelajar itu sudah ditanggkap. Alfatihah. '

Usai membacanya, hati jadi tidak keruan, hiba, sedih dan sebagainya. Terus kami mencari lagi maklumat berkaitan yang boleh dikongsi bersama. Alhamdulillah, maklumat yang dicari seterusnya ditemui dalam blog seorang teman, ustaz Salman Maskuri. Beliau ada menceritakan tentang peristiwa yang berlaku secara ringkas.

Berikut ialah tulisan beliau:
" Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yang amat apabila seorang pelajar meninggal dunia pukul 1 pagi di hospital dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yang paling teruk di kepalanya.

kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari Rabu 13 Jun di sebuah rumah pelajar Malaysia di pasar Dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yang sedang bermain komputer di serang dari belakang dan bergelut sehinggalah ditetak seluruh badan dengan 3 bilah pisau. Antaranya pisau pemotong daging yang baru dibeli. Mangsa yang ditetak bertalu-talu lari ke balkoni dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian penduduk Arab di pasar. Maka orang Arab tadi pun naik ke atas dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah dan ada pelajar Malaysia lain disisinya berlumuran darah. Maka orang Arab tersebut menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli.

Dia sedar dalam pukul 10 dan ditanya sebab ape suspek bertindak begitu; dia menjawab: 'Dia tu gila' kemudian dia dibawa ke Unit Rawatan Rapi ICU. Pihak kedutaan tiba dalam pukul 2 pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mangsa adalah pelajar tahun 3 kuliah usuluddin jurusan tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar malaysia. Suspek mengenali mangsa. Al-Fatihah. "
( http://akhisalman.blogspot.com )



Semoga ia menjadi iktibar bagi kita semua. Berdoalah sentiasa semoga Allah melindungi kita dari sebarang bencana dan permusuhan. Takziah buat keluarga Allahyarham, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.



Write a 100-150 word essay

Monday, June 11, 2007


A
Write a 100-150 word essay describing your New Year resolutions for 2007.

One of my resolutions for 2007 is to enhance my writing skill. In my opinion, writing is a way to keep our mind active and civilize. When we want to write, we must have some information. And we do know that by reading, learning and researching, we’ll get more info and knowledge. A good writer came from a good reader.

In order to achieve the resolutions, I plan my steps. Firstly, I want to assure that my writing in Malay will be improve and fluent. I joint kelantan magazine’s team as they always arrange profitable activities to those who like writing. Until now, we already publish a magazine, two bulletins and more than five Weekly leaflets. We also have “bengkel penulisan” to refresh our writing.

Secondly, I hardly try to attend English class every Thursday and Friday. The teachers and students there were always happy to help me to excellent the language. They also asked the students to write monthly article and publish it in The Voice bulletin. Since last year, we already publish twelve bulletins.

Thirdly, I read newspapers. I meant local newspaper. I like to read Liwa’ Islami. Then I’ll ask a few of my friends to pick up some interested articles and we translated them together. Sometime we tried to translate song or poet. Until now, we already translated four articles, a song and a poet. Most of them had already been published. I also tried to write my own Arabic article.

Although this essay will end now but I’ll try my best to keep my steps to enhance my writing skills will always move forward.


B
Write a 100-150 word essay describing your New Year resolutions for 2007.

One of my resolutions for 2007 is to enhance my writing skills. In my opinion, writing is a way to keep our mind active and disciplined. When we want to write, we must have some information. And we do know that by reading, learning and researching, we’ll get more information and knowledge. A good writer usually comes from a good reader.

In order to achieve the resolutions, I plan my steps. Firstly, I want to ensure [“assure” is not the correct word – check dictionary] that my writing in Malay will be improved and fluent. I joint the kelantan magazine’s team as they always arrange for profitable activities for those who like writing. Until now, we have already published a magazine, two bulletins and more than five Weekly leaflets. We also have a “bengkel penulisan” [the correct English phrase is “writing workshop”] to improve our writing.

Secondly, I hardly try attend my English classes every Thursday and Friday. The teachers and students there were always willing to help me to excel in the language. They also ask the students to write monthly articles and publish it in The Voice bulletin. Since last year, we have already published twelve bulletins. [How come I don’t know about these bulletins? J]

Thirdly, I read newspapers. I mean the local Egyptian newspaper. I like to read Liwa’ Islami. Then I’ll ask a few of my friends to pick up some interesting articles and we translate them together. Sometimes we will try [because you are still doing it] to translate a song or a poem [“poet” is the person who writes poems/poetry]. Until now, we have already translated four articles, a song and a poem. Most of them have already been published. I also try to write my own Arabic article.

Although this essay will end now but I’ll try my best to keep my steps to enhance my writing skills and to move forward.

Teacher Syazlin: GOOD FLOW, CHECK TENSES, AND KEEP UP THE READING AND WRITING HABITS – THEY ARE VERY HEALTHY!!

Me: InsyaAllah!

Latihan Menulis 2

Sunday, June 10, 2007

A
One year from now..

One year from now will be very hard to me. The pain and sorrow will hurt me more. Yesterday, my heart was eager to know more about Aqsa. And I was happy when one of my ustaz told me about it. It was a holy place. It was the place that showed us the betrayal of Jews to Prophet Moses.

It was the place that Allah chooses it to be our first qiblat. It was the place that Israk and Mikraj take happen. But now, that great history will gradually be disappeared. Not only because Fatah deny their failure to Hamas. It wasn’t only because Israel Colonized Palestine. Not only because Olmert decide to dig down Aqsa site and destroyed it. They weren’t strong enough to do these all. It was us who help them to complete the colonization.

It was us who just stood and didn’t act to stop Israel from harming our sacred symbol. It was us who satisfy enough to say that we weren’t agree with Israel when they killed Palestine Citizens. Believe me, Aqsa is in danger. If we did not act now, then when should we act? We must use every single of time we have to change this. It was us who didn’t want to fight back. We have money. We have oil. We have gold. We do have military weapons. But we choose to do nothing. What is wrong with us?

B
One year from now..

One year from now will be very hard for me. The pain and sorrow will hurt me more. Yesterday, my heart was eager to know more about Aqsa. And I was happy when one of my ustaz told me about it. It was a holy place. It was the place that showed us the betrayal of Jews to Prophet Moses.

It was the place that Allah chose [Past tense, because it happened a long time ago] it to be our first qiblat. It was the place that Israk and Mikraj took place. But now, that great history will gradually disappear. Not only because Fatah deny their failure to Hamas. It wasn’t only because Israel colonized Palestine. Not only because Olmert decided to dig down into the Aqsa site and destroy it. They weren’t strong enough to do all this. It was us who helped them to complete the colonization.

It was us who just stood by and didn’t act to stop Israel from harming our sacred symbol. It was us who felt that it was enough to say that we didn’t agree with Israel when they killed Palestine Citizens. Believe me, Aqsa is in danger. If we do not act now, then when should we act? We must use every single opportunity we have to change this. It is us who don’t [not “didn’t” because it’s still happening] want to fight back. We have money. We have oil. We have gold. We even have military weapons. But we choose to do nothing. What is wrong with us?

Teacher Syazlin: VERY WELL WRITTEN, HISYAM. I ENJOY IT VERY MUCH WHEN MY STUDENTS PUT A LOT OF THOUGHT INTO THEIR WRITING AND EXPRESS THEIR FEELINGS AND EMOTIONS, LIKE THIS.

YOUR MISTAKES HERE ARE MAINLY TENSES, AND IN SOME PLACES, I HAVE CHOSEN SOME BETTER WORDS TO DESCRIBE WHAT YOU ARE TRYING TO SAY.

SEE IF YOU AGREE.

Me: Agree!


Latihan Menulis 1


Sebagaimana yang saya janjikan sejak sekian lama, berikut ialah paparan latihan menulis dalam bahasa Inggeris yang saya dapati dari kelas di Abbasiah. Seperti biasa, petikan A adalah yang belum diperbaiki dan petikan B adalah yang telah siap dibaiki.

A

If I were...

If I were a big leader, I would get myself close to Ulamak and scholars. I would listen to them before others. I would try hardly to follow The Prophet Muhammad steps as he led the ummah to Allah and successful life. I believe in Islam as a way of life. It always brought us to happiness and peace, no matter we live in numerous races or we live as community. Islam is a system of life. It was a perfect gift from The Creator. And I would never get myself dare to insult any part of the gift. So my friends, whether we like or not, we are a leader; a leader to ourselves, a leader to our coming family, to our community and so on. So the important for the leaders is a system. The best system you have, the best you will lead them.


B

If I were...

If I were a leader, I would try to bring myself closes to Ulamaks and scholars. I would listen to them before I listen to others. I would try hard to follow the ways of The Prophet Muhammad as he led the ummah to Allah and a successful life. I believe in Islam as a way of life. It always brings us to happiness and peace, even if we live in a multi-racial society or as a community. Islam is a system of life. It is a perfect gift from The Creator. And I would never dare to insult any part of the gift. So my friends, whether we like it or not, we are each a leader; a leader to ourselves, a leader to our coming family, to our community and so on. So the importance for the leaders is a system. The better the system you have, the better you will be able lead them.


Teacher Syazlin: GOOD SUBSTANCE, JUST NEEDS MORE WORK ON CORRECT VOCABULARY AND TENSES.


Bonda Cik mah

Wednesday, May 23, 2007



Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari lahir buat bonda cik Mah yang jatuh pada hari ke 21 bulan Mei.
Semoga panjang umur murah rezeki dan bertemu jodoh dengan jejaka idaman :p


Perasmian Pejabat Agung PAS yang baru.

Tuesday, May 22, 2007

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebentar tadi merasmikan bangunan Pejabat Agung PAS yang baru di Jalan Raja Laut dekat sini sebagai mercu tanda baru bagi membuktikan komitmen PAS untuk terus unggul di persada politik negara.








Majlis gilang gemilang turut dihadiri Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, wakil-wakil NGO dan kedutaan asing.

Hari ini Bangunan PAS yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan secara rasminya diisytiharkan sebagai asas penggerak Islam dan demokrasi dalam negara.

Tuan Guru Dato’ Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam ucapannya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah dan melahirkan kegembiraan beliau kerana PAS berjaya melangkah kehadapan dengan membawa obor Islam yang relevan sepanjang zaman ditengah hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur.

Bangunan tujuh tingkat itu menempatkan semua organisasi PAS di peringkat pusat di bawah satu bumbung dengan dekorasi dalaman yang eksklusif dan canggih.

Bagi Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar, kewujudan bangunan baru PAS melebarkan syiar Islam di kawasan strategik yang penting dan memberikan kesan imej jangka panjang tentang iltizam PAS untuk memainkan ‘centre-stage role’ dalam mengemukakan dasar alternatif berteraskan Islam kepada rakyat Malaysia.


Posted by jiwokelate in Kenyataan Rasmi. trackback

HisyamZahra : Syukur dan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia PAS, teruskan perjuangan untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Takbir! Allahuakbar.

Salam Imtihan..

Saturday, May 19, 2007

Selamat Berimtihan

Damaikan perasaan,
Lupakan segala kedukaan,
Usahlah dikenang,
Segala kedukaan lama,
Biarlah ianya terlerai,
Dari hatimu. Oh Teman...

Jangan diulang kesilapan lama,
Bersama kita pastikannya..

Lihatlah hari esok,
Yang bakal kita hadapi bersama,
Semoga ia menjanjikan,
Ketenangan yang kita cari,
Jua KEJAYAAN...

InsyaAllah- aminn.


Selamat Hari Lahir..

Thursday, May 17, 2007

Selamat Hari Lahir Yang Ke-30 tahun untuk adikku, opss silap! :) yang ke-20 tahun, untuk adik kami, Mohd Syamil bin Ab Rahman. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan beroleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Teruskan semangat dan usaha untuk menuntut ilmu kerana Allah swt. Semoga tercapai segala impian dan cita-cita.

SELAMAT HARI LAHIR

AWAN BERARAK CERIA,TIADA TITIS HUJAN,
POHON MELAMBAI,TANDA
SOKONGAN,
KUSUSURI PERJALANAN,BERTEMANKAN
SENYUMAN,
DI HARI LAHIR MU.

DEDAUN BERGUGURAN, MENITIKAN KEDEWASAAN,
SELAMAT HARI LAHIR, IRINGAN DOA KU HULUR,
BERSYUKUR KEPADANYA,
ATAS NIKMAT USIA,
U
SIA MU IBARAT MUTIARA, TIADA BERGANTI LAGI,
HIASKAN
IMAN BERSULAM TAQWA,
AGAR
SEMPAT MENGUCUP,
HARUMAN SYURGAW
I.


Selamat Hari Lahir juga buat abah tersayang, Mohamed bin Haji Ismail, pada 3 Mei 2007 yang lalu. Selamat Hari Lahir yang ke 53 tahun. Semoga abah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sentiasa sihat dan kuat untuk terus beramal dan beribadah kerana Allah swt. Iringan doa dari anak-anakmu, semoga abah terus di bawah rahmat dan naungan Allah swt.


Sempena Hari Guru ( 16 Mei 2007 )

Wednesday, May 16, 2007





DEDIKASI BUATMU GURU :


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

- USMAN AWANG -
1979

  • Dedikasi untuk para guru, guru kami, tidak kira di mana jua berada, samaada yang masih hidup ataupun yang telah pergi. Khususnya guru yang pernah mengajar kami di :
  1. PASTI Kampung Kolam, Melor.
  2. Pondok Tok Kenali, Madinatul Ilmi, Kubang Kerian, Kelantan.
  3. Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong.
  4. MADIWA (Ma'had A'li liddirasati islamiyyah wal arabiyyah)
  5. Taski Al-Fikrah.
  6. Yayasan Al-Arqam.
  7. Institut Luqmanul-Hakim, Ulu Tiram Johor.
  8. Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Al-Islamiah, Johor.
  9. Maahad Qiraat Azhar, Shoubra.
  10. Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah dan Tanta.

  • Guru, kami hanyalah debu-debu yang berada di telapak kaki guru. Jasa dan baktimu guru, akan kami kenang hingga ke akhir hayat.
  • Ucapan Selamat Hari Guru juga kami tujukan buat, Abah Mohamed bin Haji Ismail, Abah Ab.Rahman bin Muhamad, Ummi Wan Norma binti Wan Abd Rahman dan Ummi Kamariah binti Abu Bakar, selaku insan yang bergelar GURU.
  • Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.