Usrati Jannati

Usrati Jannati

Usrati Fi Misr

Usrati Fi Misr

Keluarga Di Johor

Keluarga Di Johor

Keluarga Di Kelantan

Keluarga Di Kelantan

Pertandingan Terjemahan A

Sunday, April 29, 2007

Pertandingan terjemahan A

Bahasa Melayu kepada bahasa Arab


Pemberi lebih gembira daripada penerima

Dipetik dari kolum laman hati bersama Pahrol Mohd Joui, majalah Anis siri Julai 2006

“Mana lebih gembira, memberi hadiah atau menerima hadiah?” tanya saya kepada para peserta.

Hampir seluruh daripada mereka mengaku menerima hadiah lebih menggembirakan.

“Saya akan bercerita, dengarkan…. Apabila saya habis bercerita, aya pasti jawapan anda akan berubah. Insya-Allah!”

Saya menceritakan bagaimana seorang anak kecil berkali-kali berpesan kepada ibunya agar pulang membawa hadiah. Hadiah yang diingini adalah sebuah anak patung yang besar.

“Katalah anda adalah ibu atau bapa anak kecil itu. Anda telah meninggalkan anak itu sejak dua hari yang lalu. Lusa anda akan kembali ke rumah masing-maing. Namun sebelum pulang anda bertekad hendak membawa pulang anak patung yang anak anda inginkan. Setelah puas mencari, akhirnya anda menemuinya. Anda membeli dan terus membawanya pulang. Bayangkan…anak anda telah menunggu di hadapan pintu, sambil bersorak ria melihat anak patung di tangan anda. Baiklah, sekarang para ibu tolong jawab…siapa agaknya lebih gembira, ibu yang memberi hadiah atau si anak yang menerima hadiah? Tolong jawab.”

* * *

Kali ini jawapan berubah. Semua akur yang hati si ibu lebih gembira berbanding si anak.

“Mengapa? Mengapa si ibu yang gembira sedangkan dia memberi? Ya, jawapannya kerana si ibu memberi dengan rasa kasih sayang. Jadi, pengajarannya ialah untuk rasa gembira apabila memberi…berilah dengan kasih sayang.”

“Sayangnya sering kita tidak gembira bila memberi…mengapa?”

“Memberi mengurangkan,” jawab seorang peserta.

“Orang yang menerima tak pandai berterima kasih,” tambah seorang lain.

“Tak ada apa yang nak diberi” sampuk yang lain.

“Tak adil, kita susah-susah mencari, dia pula senang-senang mendapat.”

“Memberi tidak akan mengurangkan,” kata saya. “Bahkan hukama berkata, harta yang menjadi milik kita yang hakiki ialah yang diberi ke jalan Allah. Yang lain, kita hanya tukang simpan…apabila mati harta itu diwariskan.”

“Pernah nampak anak-anak pokok sayur di batas? Untuk tumbuh menjadi sayur yang subur, mesti sebahagiannya dicabut…dibuang, untuk memberi ruang kepada sebahagian yang lain tumbuh subur. Jika semua dibiarkan tumbuh, pertumbuhan semuanya akan terbantut. Begitulah rezeki, perlu diberi dalam bentuk zakat dan hibah, akan subur dan bersih!” tambah saya lagi.

* * *

“Tak ada apa nak diberi? Jangan sempitkan pengertian rezeki, nanti rezeki kita sempit. Jika kita hadkan rezeki hanya pada harta, bila tidak ada harta maka tidak adalah rezeki yang hendak diberi… Memberi bukan hanya dengan harta, tapi dengan senyuman, doa, ilmu, sangka baik, maaf. Siapa kata kita tak ada untuk memberi?”

“Tak adil? Kita dapat semua yang kita miliki dengan kudrat kitakah atau kudrat yang dipinjamkan oleh Allah? Mata, tangan, kaki, tenaga yang kita gunakanuntuk mencari hakikatnya daripada Allah. Sebenarnya, tanpa disedari kita adalah saluran Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya yang lain.”

“Kenapa sukar untuk gembira apabila memberi?”

“Sekali lagi…kita memberi tanpa kasih sayang.”

“Kenapa tidak ada kasih sayang?”

“Kasih sayang adalah buah iman. Iman dan kasih sayang lazim-melazimi. Siapa yang kukuh imannya, maka teguh jugalah kasih sayangnya.”

“Maknanya?”

“Kita memberi kerana-Nya, bukan harapkan balasan manusia. Kita memberi kerana Allah meminta kita memberi. Jika kita memberi kerana manusia, kita akan sakit jiwa.”

“Kenapa?”

* * *

“Kajian menunjukkan majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Jadi jika kita mengharapkan terima kasih, kita akan kecewa?”

“Adilkah selepas memberi kita dilupakan?”

Saya senyum. Gembira melayan pertanyaan peserta yang bertubi-tubi.

“Baiklah, adilkah setelah sekian banyak nikmat yang diberikan oleh Allah, majoriti manusia tidak bersyukur kepada-Nya? Allah sendiri menegaskan, bahawa sedikit sekali daripada hamba-Nya yang bersyukur…”

“Dunia memang tidak ail.”

“Tidak. Manusia yang tidak adil. Manusia zalim. Kalau kita yang kerdil ini tergamak tidak memberi hanya kerana orang lain tidak pandai berterima kasih, cuba bayangkan Allah, Yang Maha Besar, yang masih sudi memberi walaupun hamba-Nya tidak bersyukur. Siapa kita?”

Saya menambah: “Memberilah…kerana siapa yang tidak memberi ertinya tidak memberi kepada dirinya sendiri!”

________________________________________________________

Siapa yang cinta banyak akan memberi banyak

Ketika anak sulung bertanya, “bagaimana mencintai anak-anak yang lain tanpa mengurangkan cinta ayah kepada saya?”

“Cinta bukan benda, yang akan mengurang apabila dikongsi. Cinta berkurang bila berubah hati,” jawab si ayah.

“Tapi ayah seorang, anak-anak ramai…”

“Siapa yang cintanya banyak, akan mampu memberi banyak.”

“Apa maksud kalau cinta itu banyak?” Cinta boleh bertambah?”

“Sesuatu yang boleh berkurang, pasti boleh bertambah. Seorang ayah mampu dan mesti menambah kuantiti dan kualiti cintanya. Kemudian, lahirlah anak seorang demi seorang…cintanya akan dapat diberi seadilnya tanpa mengurangi cinta yang telah diberikan sebelumnya.”

“Bagaimana ‘membanyakkan’ cinta?”

“Tingkatkan cinta kepada Pencipta cinta – Allah. Dia al-Wahhab(Maha Pemberi)”


Pertandingan terjemahan SKEK 07

Saturday, April 28, 2007



Pertandingan terjemahan SKEK 07

Syarat-syarat pertandingan

  • Terjemahan terbahagi kepada dua; A dan B .Setiap peserta boleh menyertai salah satu atau kedua-duanya sekali. Penyertaan ke dalam kedua-dua bahagian akan diberi keutamaan.

  • Terbuka kepada semua pembaca
  • Setiap penyertaan mestilah dihantar melalui lampiran emel (attachment file) kepada:

Hisyam – ise_sekoda@yahoo.com - +2010-0339319 , +2010-6815462

Wan Balqis – wanbalqis@yahoo.com +2010-6574954

Atau hantarkan ke asrama Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabie, Cairo.

Penyertaan mestilah sampai kepada pihak penganjur sebelum atau pada 15 Jun 2007.

  • Setiap penyertaan mestilah menyertakan butir-butir berikut:

Nama penuh:

Negeri:

Alamat di Mesir:

Kuliah:

Tahun pengajian:

No tel:

E-mel:

  • Setiap terjemahan yang dihantar mestilah kemas dan mudah difahami.
  • Sertakan juga nas asal serta senarai sumber rujukan.
  • Setiap terjemahan yang dihantar akan menjadi hakmilik SKEK dan akan dipertimbangkan untuk diterbitkan dengan beberapa suntingan yang perlu.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad
  • Keputusan pertandingan akan diumumkan dalam keluaran SKEK yang seterusnya.
  • 5 Pemenang terbaik akan mendapat hadiah berupa wang tunai LE 30.00 setiap seorang.
  • Setiap penyertaan yang lain akan mendapat saguhati istimewa dari pihak SKEK.

P/s : Dapatkan artikelnya di dalam Suara Kampus Edisi Kelantan bilangan 38, yang telah berada di pasaran sekarang, atau nantikan artikelnya di dalam entri blog ini tidak lama lagi.


Pantun

Tuesday, April 24, 2007


PANTUN MALAS SEMBAHYANG

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,

Berdiri tanpa roh malam siang…


Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,

Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…


Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…


Apasal la aku malas sembahyang,

Main bola aku sanggup sampai petang,

Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?


Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,

Pagi kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…


Apasal la aku malas sembahyang,

Siksa neraka cuba la aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!!




Buku

Sunday, April 22, 2007


Dalam keripuhan menelaah kitab dan buku menjelang peperiksaan yang kian mendekat, hati ini kadang-kadang diserbu dengan perasaan yang berbagai. Demi melegakan gelojak itu, saya uliti kembali hasil tulisan sendiri. Mencari secangkir kekuatan. Mengumpul kesedaran sendiri. Membandingkan diri sendiri. Santai bermuhasabah. Lantas cuba mencubit di sana sini, memberi nafas baru kepada karya tahun 2004 ini.

Nilai sebuah buku

Pada awal bulan ini, saya telah dijemput ke rumah seorang sahabat yang baru berpindah. Rumah baru katanya. Namun saya tidak dapat berlama-lama di sana. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah, saya terus meminta diri untuk ke jalan ‘ Solah Salim ’. Hajat di hati hendak beli majalah. Kaki diatur pantas ke tempat perhentian bas. Dalam hati masih berkira-kira. ‘Bas mana pulak nak kena naik ni? Alah! Tahan sajalah mana-mana pun. Lepas tu tanyalah Arab.’

Setelah naik turun dua tiga buah bas akhirnya konduktor sebuah bas hijau yang tak diingat nombornya mengiyakan pertanyaan saya. Saya membuka beg sandang untuk mengambil beg duit. Tiada. Buka zip hadapan. Juga tiada! Terus beg sandang diselongkar habis-habisan. Malangnya duit yang dicari tidak ditemui. Saya berdiri dari kerusi dan bersedia untuk turun kembali.

“Roh fen ya akhi?” Konduktor bas bertanya.

“Uridun nuzul. Nuqudi waqa’.” Balas saya.

Pakcik Arab itu tidak mengizinkan saya turun. Tidak mengapa, katanya. Saya turun di jalan ‘Solah Salim’ dalam keadaan serba salah. Hendak ke Hayyu Sabi’e jauh. Hendak balik ke Abbasiah, jauh juga. ‘Ya Allah! Bantulah hambaMu ini.’ Hati ini berdoa. Ingin minta duit dengan Arab, malu! Ketika itu saya terfikir, bagaimanakah perasaan peminta sedekah yang menadah tangan meminta bantuan? Malu, sedih, lemah dan tertekan. Itulah yang saya rasakan. Tambah menyakitkan apabila mengenangkan sikap diri dan sahabat-sahabat yang jarang menghiraukan tadahan tangan yang dihulur. ‘Alhamdulillah!’ Seorang pemuda Arab yang diminta bantuannya memberikan satu Junaih kepada saya. Menyeberangi jalanraya di Solah Salim adalah satu perkara yang merbahaya jika belum biasa. 10 minit berlalu. Kenderaan lalu lalang masih belum putus. Dua pemuda Arab datang membantu.

‘Alhamdulillah!’ Sesampainya saya di seberang jalan, seorang Arab menegur saya. Berkot hitam. Seluar dan kasutnya juga begitu. Dia membimbit sebuah walkie-talkie. ‘SB kah...?’ Hati saya berdebar. Setelah memperkenalkan diri sebagai pelajar Malaysia dan tujuan saya, dia menunjukkan tempat menunggu bas. Lega. Kembali ke Abbasiah. Adakah perjalanan kembali ke Abbasiah kali ini lebih baik? Tidak semestinya. Begitulah, ku sangkakan panas yang berpanjangan akan tiba, sebaliknya gerimis yang semakin melebat pula mengundang. Sekali lagi masalah bas menjadi igauan. Bas yang lalu lalang semakin berkurangan. Setiap bas yang datang diamati teliti. Bagaikan kebetulan, semuanya tidak menuju ke Abbasiah. Saya tetap menunggu walaupun hati sudah mula menggerutu. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sementara menunggu bas yang tidak kunjung tiba, benak ini ligat memikirkan hikmah di sebalik setiap halangan yang ditemui sepanjang perjalanan ke Solah Salim.

Betul bagai disangka, beg duit saya tertinggal di sini. Setelah berbasa-basi sekadarnya, sekali lagi saya meminta diri untuk ke jalan Solah Salim.

Alhamdulillah! Perjalanan kali ini lebih lancar. Saya membelek-belek majalah bahasa Inggeris yang dibeli dengan senyuman yang penuh erti. Pandangan dilontar jauh mengkhayalkan dunia sendiri. Apakah janggalnya seorang azhari petah berkata-kata dengan bahasa Inggeris? Kadang-kadang kita terlalu melatah melayan tohmahan masyarakat tentang kelemahan Azhari menguasai bahasa Inggeris untuk berkomunikasi? Baik, kalau kita mengatakan bahawa azhari agak terpinggir dalam menguasai bahasa Inggeris lantaran kita terlontar ke tanah Arab maka mengapakah masih ada yang mengatakan bahawa lepasan perubatan Mesir lebih berkualiti menguasai bahasa Arab berbanding lepasan lain-lain jurusan di Mesir? Jangan cuba menafikan kenyataan ini. Sesungguhnya tanpa kewujudan angin, pokok tidak akan bergoyang.

Persoalan yang utama bukanlah di mana kita berada, bukan juga jurusan apa yang kita pelajari. Ia adalah berkenaan sikap apa yang kita miliki. Sebutkan apa sahaja bidang ilmu dan bahasa yang kita pelajari, semuanya tidak akan berkualiti jika tidak disertai dengan ketekunan hati. Berapa ramaikah di kalangan kita yang membiasakan diri membaca akhbar Arab atau majalah-majalah berbahasa Arab? Kebanyakan kita hanya membeli akhbar Arab untuk dijadikan alas makan dan pelapik pakaian di dalam almari sahaja. Sedangkan yang membacanya sekalipun ada amat sedikit jika dibandingkan dengan yang tidak menggunakannya sebagai bahan bacaan.

Kadang-kadang terfikir juga, tidak wajar menyalahkan suasana masyarakat yang ada atas kelemahan yang diperkata. Namun begitu, seorang sahabat pernah berbicara katanya,

“kita tidak perlu menunggu orang lain untuk memperbaiki kekurangan yang ada dengan alasan kononnya orang lain lebih layak. Sebaliknya setiap individu yang sedar dengan kepincangan yang berlaku itulah yang patut memulakan langkah memperbaiki disamping menyeru sahabat yang lain untuk turut bersama tanpa mengira di posisi mana pun kita bertapak.”

Menyedari keadaan diri yang serba dhaif dan serba kekurangan, hidup pula dalam budaya membaca yang memerlukan reformasi yang lebih, maka saya rasakan tindakan ini berbaloi. Dan saya berazam akan meneruskan usaha membaca dan membaca.

Jam 11.15 malam. Saya selamat sampai di hadapan kedai Misr Wa Sudan. Ruang hadapan kedainya yang cerah dan ceria masih belum menjamin isi yang serupa sifatnya. Mungkin ya, mungkin tidak. Guru saya selalu berpesan, ‘ Don’t judge a book by the cover ’. Pandangan dialih ke majalah di genggaman. Harga yang tertera di situ bukanlah nilaian sebenar. Penghasilan sesebuah majalah yang bermula dengan pemilihan tajuk, fokus, kolumnis, pengesahan, percetakan, pengedaran dan pemasaran itu juga mempunyai harganya.

‘Dan kalaulah boleh saya katakan, perjalanan yang ditempuhi pada malam ini hanyalah secebis dari harganya yang asal.’ Bisikku perlahan seraya mengatur langkah menuju ke rumah. Semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan qurra’il ummah al-maqbulin. Insya Allah!.


If I Were...

Friday, April 20, 2007


If I were...

If I were a big leader, I would get myself close to Ulamak and scholars. I would listen to them before others. I would try hardly to follow The Prophet Muhammad steps as he led the ummah to Allah and successful life. I believe in Islam as a way of life. It always brought us to happiness and peace, no matter we live in numerous races or we live as community. Islam is a system of life. It was a perfect gift from The Creator. And I would never get myself dare to insult any part of the gift. So my friends, whether we like or not, we are a leader; a leader to ourselves, a leader to our coming family, to our community and so on. So the important for the leaders is a system. The best system you have, the best you will lead them.


New Year Resolutions

Thursday, April 19, 2007


Tulisan berikut adalah yang belum diperiksa oleh guru saya. InsyaAllah, setelah beliau siap memeriksa dan memperbetulkannya, akan saya paparkan lagi.


Write a 100-150 word essay describing your New Year resolutions for 2007.


One of my resolutions for 2007 is to enhance my writing skill. In my opinion, writing is a way to keep our mind active and civilize. When we want to write, we must have some information. And we do know that by reading, learning and researching, we’ll get more info and knowledge. A good writer came from a good reader.

In order to achieve the resolutions, I plan my steps. Firstly, I want to assure that my writing in Malay will be improve and fluent. I joint kelantan magazine’s team as they always arrange profitable activities to those who like writing. Until now, we already publish a magazine, two bulletins and more than five Weekly leaflets. We also have “bengkel penulisan” to refresh our writing.

Secondly, I hardly try to attend English class every Thursday and Friday. The teachers and students there were always happy to help me to excellent the language. They also asked the students to write monthly article and publish it in The Voice bulletin. Since last year, we already publish twelve bulletins.

Thirdly, I read newspapers. I meant local newspaper. I like to read Liwa’ Islami. Then I’ll ask a few of my friends to pick up some interested articles and we translated them together. Sometime we tried to translate song or poet. Until now, we already translated four articles, a song and a poet. Most of them had already been published. I also tried to write my own Arabic article.

Although this essay will end now but I’ll try my best to keep my steps to enhance my writing skills will always move forward.


Bingkisan rindu buatmu teman...

Monday, April 16, 2007


Bingkisan Rindu

Antara kita tiada rahsia

Susah dan senang tetap bersama

Terpatri namaMu.. kau takkan ku lupa..


Sudah bertahun lama kita tidak lagi bersua

Hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu

Seiringan hembusan bayu

Sekadar pengubat rasa rindu di kalbu


Pantas masa berlalu

Meninggalkan kita semua

Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih ku simpan

Ku bingkaikan kenangan

Hingga terkadangku tersenyum sendirian


Oh..perjalanan kita..masih jauh

Jalanan berliku bakal kita tempuh

Imbaslah kenangan semalam

Jadi azimat penguat semangat

Menempuh masa hadapan

Harapanku.. kau kan bahagia selalu..


Padaku engkau penghibur duka

Pengubat hati resah kecewa

Di kala malamku kau bawa cahaya


Antara kita tiada rahsia

Susah dan senang tetap bersama

Terpatri namaMu kau takkan ku lupa

Sematkanlah bingkisan rindu.. di kalbu..


“ Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam DOA nya ”

- Al-Ghazali -





One year from now...

Sunday, April 15, 2007


Tulisan berikut adalah yang belum diperiksa oleh guru saya. InsyaAllah, setelah beliau siap memeriksa dan memperbetulkannya, akan saya paparkan lagi.

One year from now...


One year from now will be very hard to me. The pain and sorrow will hurt me more. Yesterday, my heart was eager to know more about Aqsa. And I was happy when one of my ustaz told me about it. It was a holy place. It was the place that showed us the betrayal of Jews to Prophet Moses.

It was the place that Allah chooses it to be our first qiblat. It was the place that Israk and Mikraj take happen. But now, that great history will gradually be disappeared. Not only because Fatah deny their failure to Hamas. It wasn’t only because Israel Colonized Palestine. Not only because Olmert decide to dig down Aqsa site and destroyed it. They weren’t strong enough to do these all. It was us who help them to complete the colonization.

It was us who just stood and didn’t act to stop Israel from harming our sacred symbol. It was us who satisfy enough to say that we weren’t agree with Israel when they killed Palestine Citizens. Believe me, Aqsa is in danger. If we did not act now, then when should we act? We must use every single of time we have to change this. It was us who didn’t want to fight back. We have money. We have oil. We have gold. We do have military weapons. But we choose to do nothing. What is wrong with us?

Kenyataan Mencabar Islam serta Menghina Rasulullah dan Ulama'

Friday, April 13, 2007

http://www.geocities.com/memopum/

Kenyataan Mencabar Islam serta Menghina Rasulullah dan Ulama'



Penulis-penulis berikut telah menulis rencana dalam suratkhabar perdana yang menghina Islam, Rasullullah dan ulama. laporan terhadap dua daripada mereka telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Negeri namun tiada sebarang tindakan diambil. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan-kenyataan mereka:



1.0 MENGHINA RASULLULLAH S.A.W

1.1 "...The fact that the Prophet had several wives and was known to have had sexual relations with 15 women, which included the concubine Rayhana who remained non-Muslim all her life is proof of the humanity of the Prophet."

("Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi"

["Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality" oleh Farish A. Noor (NST, 4 November 2000)]

1.2 ".. the Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader, and so the early oath of allegiance given to him were as atribal rather than just a religion leader."

(...Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih dari pemimpin agama)

["The Myth Surrounding the Islamic State" oleh Farish A. Noor (NST 1hb Disember 2001)]


2.0 MENCABAR ISLAM

"...Islam is discource and all discourses are open, contested and plastic..."

(Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastik)

["Farish A Noor - Intelectual Provocateur" temubual oleh Amir Muhammad ('The Edge', 3 Dis 2001)]


3.0 MENGHINA MUFTI DAN ULAMA'

"Perhaps the turbans of the mufti are too tight and therefore not enough oxygen is getting into their brains. They are not thinking straight."
("...Mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikran waras")

"make fatwa which most of the people, including other ulama and mufti, do not follow"
(membuat fatwa yang mana kebanyakan orang, termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikuti)

"many ulama themselves are perveyours of...pagan practices"
(ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah)

"the ulama themselves are incapable of intelligent thought"
(ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik)

["Now The Mufti Blame Hindi Films", Akbar Ali - The Sun, 21 Februari 2001]


4.0 MENAFIKAN HUKUM ISLAM MENGENAI MURTAD

"The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in his disbelief."
"..No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than that God will never forgive him nor guide him to the right path. This is God's promise. It is his law."

(...Al-Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir.
...Tiada hukuman dinyatakan ke atas sesorang yang murtad selain dari janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya petunjuk yang lurus. Ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undangNya...)

("Death for Apostates Unjust" oleh Akbar Ali - The Sun, 14 Julai 1999)


5.0 MENAFIKAN HUKUM YANG TELAH JELAS DALAM AL-QURAN

"Therefore the question that should be addressed in our society today is not whether poligamy should be relegalised under the civil law for the non Muslims, but whether it should still be continued under the Islamic Family Law for the Muslims".

("Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang-undang Sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam Undang-Undang Keluarga Islam")

["Islam did not Invent or Encourage Polygamy", Sisters in Islam, NST 10hb Januari 2002]


6.0 ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SEKALIPUN TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG KEILMUANNYA

"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata."

(Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam: Utusan Malaysia, 26hb September 2000)


7.0 ISLAM DIPERSOALKAN

7.1 "For a muslim, the existence of a dual system of laws has proven problematic. Malik Imtiaz Sarwar, a lawyer who spoke on 'The Context Of Constitutionalism' gave an example: if Chinese below the age of 16 has consensual sex with an older man and reports him, it is statutory rape. In the case of an under aged Muslim girl, while the man will be guilty of statutory rape, she could be punished under Syariah Law - where the age of reason is 12 or 13 - and sent to a reformed center. Hence, underaged Muslim girls who are raped will be afraid to come forward for fear of being sanctioned.

The legislating of Islamic rules infringes on the Muslim girl's basic right, which ironically are protected under civil law. We are beginning to be shackled by our personal belief so much so that we have forgotten the fundamentals."

("Bagi seorang Muslim, kewujudan dwi sistem undang-undang telah terbukti membawa masalah. Malik Imtiaz Sarwar, seorang peguam yang berucap mengenai 'Konteks Perlembagaan' memberi contoh: jika seorang berbangsa Cina di bawah umur 16 tahun berzina dengan seorang lelaki yang lebih tua dan melaporkannya, ia adalah rogol statutori. Bagi kes gadis Islam, sementara si lelaki bersalah kerana rogol statutori, gadis itu pula boleh dihukum di bawah undang-undang Syariah - di mana umur baligh adalah di antara 12 dan 13 tahun - dan dihantar ke Pusat Pemulihan. Ini akan menghalang gadis yang dirogol dari membuat laporan kerana takutkan hukuman.

Menegakkan peraturan Islam akan mencabuli hak asasi gadis Islam tersebut, tapi ironinya ia dilindungi di bawah undang-undang Sivil. Kita sedang dibelenggu dengan kepercayaan peribadi sehinggakan kita terlupa perkara asas".)

Persoalan PUM ialah : Apakah hak asasi seorang gadis Islam di bawah umur 16 tahun yang berzina dengan seorang lelaki?
-Untuk melakukan zina dan tidak boleh dihukum?

7.2 "He also said that 'public Islam' can erode fundamental liberties, pointing to the case of a non Muslim trader in Kelantan who lost his right to livelihood when he was penalized for selling food to a Muslim during Ramadhan."

(..."Beliau juga berkata 'Islam awam' boleh menghakis kebebasan asasi, dengan mengambil contoh kes yang berlaku ke atas seorang peniaga bukan Islam di Kelantan yang hilang haknya apabila beliau di denda kerana menjual makanan kepada orang Islam di bulan Ramadhan")

-[Malik Imtiaz Sarwar]

[Petikan Laporan NST 11 Disember 2001 mengenai Bengkel Festival Hak Asasi yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 8 Disember 2001 di Kuala Lumpur]



Petikan Memo Kepada Majlis Raja-Raja Melayu
"Islam Dicabar, Rasulullah S.A.W dan Ulama Dihina"
Oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
4 Februari 2002 - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu

1

Where's the key ??

Thursday, April 12, 2007


  • Practice makes perfect... But nobody's perfect, so why practice?
  • The key is : " Practice tell we're not perfect, Practice guide us to The Perfect "

  • The more you learn, the more you know, the more you know, the more you forget, the more you forget, the less you know... So why learn??
  • The key is : " We learn to be a humble to The Almighty. We learn to... "


Keindahan Syurga Bhg : 1

Wednesday, April 11, 2007



Keindahan Syurga

Berita tentang syurga dalam al-Quran dan sunnah

Hampir diseluruh surah di dalam al-Quran terdapat berita tentang syurga, Cuma yang paling banyak ialah pada surah Al-Waqi’ah, Al-Ghasyiyah dan Ar-Rahman. Syurga dalam bahasa Arab disebut dengan Al-Jannah yang ertinya kebun. Ada pula sebagai sambungan dari kata-kata Al-Jannah itu seperti kata-kata Na’im yang ertinya senang. Jadi Jannatun-Na’im beerti kebun tempat bersenang-senang.

Dalam sebuah hadith Qudsi Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah SWT berfirman: “Aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh itu iaitu apa yang tidak pernah mata melihatnya, tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terbayang dalam hati seseorang. Bacalah olehmu jika kamu suka, maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi di balik matanya.” (HR Bukhari)

Kesenangan yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith di atas adalah kesenangan yang tidak ada bandingannya dengan apa pun yang ada di dunia ini, termasuk kesenangan yang pernah dialami oleh para sahabat yang mendengarnya pada waktu itu.

Sehingga ketika Nabi menerangkan tentang keindahan syurga ini, salah seorang sahabat dari Afrika secara tidak sedar duduk menginsut-insut maju ke hadapan Nabi, sedangkan bibirnya dalam keadaan bergerak-gerak, kerana tertariknya dengan cerita tersebut.

Padahal sebenarnya apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW itu adalah segelintir gambaran dari keadaan syurga sesungguhnya. Di dalam syurga itu terdapat bukan hanya segala apa yang ada di dunia ini. Juga apa-apa yang belum terbayang di dalam hati ini. Kesenangannya tidak ada bandingannya di segala zaman.

Bentuk Syurga

  1. Bahan bangunannya.

Syurga itu adalah tempat yang disediakan untuk orang-orang yang beriman pengikut sekalian Nabi semenjak Nabi Adam sampai kepada Nabi Muhammad SAW. Bentuk syurga itu sama juga dengan bumi ini, bergunung-ganang, berbukit-bukau, mempunyai lembah, bersungai-sungai, berkebun-kebun dan bertaman-taman bunga yang sangat indah. Semunya serba indah menakjubkan.

Dari Abu Hurairah ia berkata bahawa para sahabat pernah memohon kepada Rasulullah SAW supaya ia menceritakan tentang bangunan syurga. Maka baginda bercerita; sesungguhnya bangunan syurga itu lantainya dibuat dari emas dan perak, batunya dari mutiara dan yakut, lumpurnya dari kasturi, sedangkan tanahnya dari zakfaran. Barangsiapa yang masuk ke dalamnya akan selalu merasa nikmat dan tidak pernah merasa puas.

Rasulullah SAW melanjutkan ceritanya kembali, bahawa bumi syurga itu warnanya putih, batu halamannya dari kapur barus dikelilingi oleh kasturi seperti bukit pasir. Padanya terdapat sungai-sungai yang mengalir, sedangkan semua ahli syurga berkumpul baik yang meninggal dunia dahulu mahupun yang meninggal dunia kemudian. Mereka saling mengenal antara yang satu dengan yang lain kemudian Allah menyebarkan untuk mereka angin rahmat yang sangat harum baunya.

  1. Cuaca syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Di dalam syurga itu orang tidak nampak matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.” (Ad-Dahr:13)

Di dalam syurga itu tidak ada matahari, ianya diterangi oleh nur yang jauh lebih terang daripada matahari dan lebih sejuk dari bulan. Sejuk dan nyaman sepanjang hari. Di dalam syurga tidak ada pembahagian musim dalam setahun. Tidak ada musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim gugur. Demikian juga tidak ada musim kemarau dan musim hujan. Tidak ada angin ribut atau taufan yang akan menerbangkan segala yang ada.

Keabadian nikmat syurga.

Sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya: “Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan mendapat tempat-tempat yang bagus di syurga Adnin. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keuntungan yang besar.” (At-Taubah: 72)

Segala kenikmatan syurga sebagaimana yang dijelaskan di atas tidaklah dapat disamakan dengan kenikmatan dunia. Sesuatu yang paling kecil di syurga lebih besar daripada sesuatu yang dianggap paling besar di dunia. Bahkan sebuah rumah kecil yang berada di syurga, akan lebih indah kelihatannya daripada rumah-rumah yang paling luas yang ada di dunia ini. Jika saja ada ahli syurga yang menampakkan dirinya dengan segala perhiasannya di dunia ini, maka sudah pasti sinar matahari akan tertutup keindahannya, sebagaimana tertutupnya cahaya bintang oleh cahaya matahari pada waktu siang.

Syurga yang dijual Allah

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman akan jiwa dan harta mereka, bahawa bagi mereka adalah syurga lalu mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar bagi Allah yang terdapat dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual. Demikian itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)

Setiap orang yang beriman sudah menjual dirinya, jiwanya dan harta bendanya kepada Allah dengan syurga. Oleh kerana itu dirinya, jiwanya dan hartanya itu seluruhnya harus dipergunakan semata-mata untuk Allah, sebab Allah sudah berjanji akan membayarnya dengan syurga.

Jalan ke syurga

Berkata Ibnu Mas’ud; pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis lurus di atas pasir lalu bersabda: “Inilah jalan Allah, jalan yang lurus.” Kemudian baginda membuat banyak garis yang bersimpang-simpang ke kanan ke kiri, ke utara dan ke selatan lalu berkata: “Semuanya ini adalah jalan-jalan iaitu setiap garis atau jalan itu ada syaitan yang berseru: “Sesungguhnya inilah jalan yang lurus, ikutilah jalanku ini.” Janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan yang bersimpang-simpang itu yang akan memisahkan kamu dari jalan Allah. Demikianlah Allah memerintahkan kepadamu mudah-mudahan kamu berbakti.”


Syukur alhamdulillah..

Tuesday, April 10, 2007


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Selaut kesyukuran di atas nikmat-Nya yang tidak terhingga. Hari ini aku ingin berkongsi kegembiraanku kepada semua. Aku amat merasa gembira dengan dua perkara yang berlaku pada hari ini yang ku rasakan ianya merupakan suatu ilmu yang amat berharga.

Pertamanya, pada petang hari tadi, aku telah berjaya memotong rambut suamiku. Perkara ini walaupun mungkin agak kecil, tetapi aku rasa cukup gembira. Aku tidak pernah menjangka selama ini yang aku boleh berani memotong rambut orang. Sebab aku memang tidak pandai dan tidak minat. Tapi entah kenapa, dengan dorongan dari suamiku, aku berani mencubanya. Dan hasilnya, ternyata amat memuaskan. Bak kata abang " Oklah, macam style rambut jepun. Hehe :) " Dan sekarang aku seperti tidak puas menatap wajah suamiku yang baru dengan hasil tanganku sendiri.. hehe :)

Kedua, seperti yang dapat di lihat. Kini blogku berwajah baru. Sejak semalam aku mencuba pelbagai perkara berkaitan blog. Banyak perkara baru yang aku belajar. Akhirnya aku sudah mula pandai membina blog dengan hasil kreativiti sendiri. Mungkin perkara ini bagi ramai orang agak biasa dan mudah, tetapi bagi diriku memang mencabar. Acap kali aku menatap blog ramai orang, rasa tertarik dan terpegun dengan kepandaian mereka. Kini, hasil ketekunanku mempelajarinya, alhamdulillah aku berjaya membina blog yang aku idamkan selama ini. hehe :)

Apapun, tidak akan aku lupakan jasa insan yang mengajarku. Dirakamkan ucapan terima kasih kepada akhi Mohd Zaki M.Noor di atas segala tunjuk ajar selama ini. Semoga Allah membalasnya dengan balasan yang lebih baik. Jazakumullahu khairan jaza'.

Akhirnya, ucapan jutaan terima kasih kepada insan yang dicintai, suamiku. Di atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan selama ini. Semoga Allah sentiasa merahmati dan menaungi rumahtangga kita hingga ke syurga.