Usrati Jannati

Usrati Jannati

Usrati Fi Misr

Usrati Fi Misr

Keluarga Di Johor

Keluarga Di Johor

Keluarga Di Kelantan

Keluarga Di Kelantan
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Pertandingan Terjemahan A

Sunday, April 29, 2007

Pertandingan terjemahan A

Bahasa Melayu kepada bahasa Arab


Pemberi lebih gembira daripada penerima

Dipetik dari kolum laman hati bersama Pahrol Mohd Joui, majalah Anis siri Julai 2006

“Mana lebih gembira, memberi hadiah atau menerima hadiah?” tanya saya kepada para peserta.

Hampir seluruh daripada mereka mengaku menerima hadiah lebih menggembirakan.

“Saya akan bercerita, dengarkan…. Apabila saya habis bercerita, aya pasti jawapan anda akan berubah. Insya-Allah!”

Saya menceritakan bagaimana seorang anak kecil berkali-kali berpesan kepada ibunya agar pulang membawa hadiah. Hadiah yang diingini adalah sebuah anak patung yang besar.

“Katalah anda adalah ibu atau bapa anak kecil itu. Anda telah meninggalkan anak itu sejak dua hari yang lalu. Lusa anda akan kembali ke rumah masing-maing. Namun sebelum pulang anda bertekad hendak membawa pulang anak patung yang anak anda inginkan. Setelah puas mencari, akhirnya anda menemuinya. Anda membeli dan terus membawanya pulang. Bayangkan…anak anda telah menunggu di hadapan pintu, sambil bersorak ria melihat anak patung di tangan anda. Baiklah, sekarang para ibu tolong jawab…siapa agaknya lebih gembira, ibu yang memberi hadiah atau si anak yang menerima hadiah? Tolong jawab.”

* * *

Kali ini jawapan berubah. Semua akur yang hati si ibu lebih gembira berbanding si anak.

“Mengapa? Mengapa si ibu yang gembira sedangkan dia memberi? Ya, jawapannya kerana si ibu memberi dengan rasa kasih sayang. Jadi, pengajarannya ialah untuk rasa gembira apabila memberi…berilah dengan kasih sayang.”

“Sayangnya sering kita tidak gembira bila memberi…mengapa?”

“Memberi mengurangkan,” jawab seorang peserta.

“Orang yang menerima tak pandai berterima kasih,” tambah seorang lain.

“Tak ada apa yang nak diberi” sampuk yang lain.

“Tak adil, kita susah-susah mencari, dia pula senang-senang mendapat.”

“Memberi tidak akan mengurangkan,” kata saya. “Bahkan hukama berkata, harta yang menjadi milik kita yang hakiki ialah yang diberi ke jalan Allah. Yang lain, kita hanya tukang simpan…apabila mati harta itu diwariskan.”

“Pernah nampak anak-anak pokok sayur di batas? Untuk tumbuh menjadi sayur yang subur, mesti sebahagiannya dicabut…dibuang, untuk memberi ruang kepada sebahagian yang lain tumbuh subur. Jika semua dibiarkan tumbuh, pertumbuhan semuanya akan terbantut. Begitulah rezeki, perlu diberi dalam bentuk zakat dan hibah, akan subur dan bersih!” tambah saya lagi.

* * *

“Tak ada apa nak diberi? Jangan sempitkan pengertian rezeki, nanti rezeki kita sempit. Jika kita hadkan rezeki hanya pada harta, bila tidak ada harta maka tidak adalah rezeki yang hendak diberi… Memberi bukan hanya dengan harta, tapi dengan senyuman, doa, ilmu, sangka baik, maaf. Siapa kata kita tak ada untuk memberi?”

“Tak adil? Kita dapat semua yang kita miliki dengan kudrat kitakah atau kudrat yang dipinjamkan oleh Allah? Mata, tangan, kaki, tenaga yang kita gunakanuntuk mencari hakikatnya daripada Allah. Sebenarnya, tanpa disedari kita adalah saluran Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya yang lain.”

“Kenapa sukar untuk gembira apabila memberi?”

“Sekali lagi…kita memberi tanpa kasih sayang.”

“Kenapa tidak ada kasih sayang?”

“Kasih sayang adalah buah iman. Iman dan kasih sayang lazim-melazimi. Siapa yang kukuh imannya, maka teguh jugalah kasih sayangnya.”

“Maknanya?”

“Kita memberi kerana-Nya, bukan harapkan balasan manusia. Kita memberi kerana Allah meminta kita memberi. Jika kita memberi kerana manusia, kita akan sakit jiwa.”

“Kenapa?”

* * *

“Kajian menunjukkan majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Jadi jika kita mengharapkan terima kasih, kita akan kecewa?”

“Adilkah selepas memberi kita dilupakan?”

Saya senyum. Gembira melayan pertanyaan peserta yang bertubi-tubi.

“Baiklah, adilkah setelah sekian banyak nikmat yang diberikan oleh Allah, majoriti manusia tidak bersyukur kepada-Nya? Allah sendiri menegaskan, bahawa sedikit sekali daripada hamba-Nya yang bersyukur…”

“Dunia memang tidak ail.”

“Tidak. Manusia yang tidak adil. Manusia zalim. Kalau kita yang kerdil ini tergamak tidak memberi hanya kerana orang lain tidak pandai berterima kasih, cuba bayangkan Allah, Yang Maha Besar, yang masih sudi memberi walaupun hamba-Nya tidak bersyukur. Siapa kita?”

Saya menambah: “Memberilah…kerana siapa yang tidak memberi ertinya tidak memberi kepada dirinya sendiri!”

________________________________________________________

Siapa yang cinta banyak akan memberi banyak

Ketika anak sulung bertanya, “bagaimana mencintai anak-anak yang lain tanpa mengurangkan cinta ayah kepada saya?”

“Cinta bukan benda, yang akan mengurang apabila dikongsi. Cinta berkurang bila berubah hati,” jawab si ayah.

“Tapi ayah seorang, anak-anak ramai…”

“Siapa yang cintanya banyak, akan mampu memberi banyak.”

“Apa maksud kalau cinta itu banyak?” Cinta boleh bertambah?”

“Sesuatu yang boleh berkurang, pasti boleh bertambah. Seorang ayah mampu dan mesti menambah kuantiti dan kualiti cintanya. Kemudian, lahirlah anak seorang demi seorang…cintanya akan dapat diberi seadilnya tanpa mengurangi cinta yang telah diberikan sebelumnya.”

“Bagaimana ‘membanyakkan’ cinta?”

“Tingkatkan cinta kepada Pencipta cinta – Allah. Dia al-Wahhab(Maha Pemberi)”


0 comments: