Usrati Jannati

Usrati Jannati

Usrati Fi Misr

Usrati Fi Misr

Keluarga Di Johor

Keluarga Di Johor

Keluarga Di Kelantan

Keluarga Di Kelantan
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sanah Helwa Ya Ahmad

Wednesday, May 16, 2007



Hari Ini 29 Rabiul Akhir 1428, genap setahun usia Anakanda Ahmad Akhfash mengikut bulan Islam. Dikesempatan ini, Mak Long dan Pak Long ingin merakamkan ucapan " SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA ". Semoga anakanda dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, membesar sebagai insan soleh harapan ummah dan beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Kami titipkan kalam hikmah ini, buat bekalan anakanda meniti hari-hari mendatang.

Wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya :

Wahai anakku!!!
Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana
suatu kesalahan yang telah kamu lakukan,
maka kemarahan mereka itu laksana baja untuk
menyuburkan tanaman.

Wahai anakku!!!
Bergaullah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu.
Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat
serta tunjuk ajar daripada mereka.
Sesungguhnya nasihat mereka bagaikan mutiara
hikmat yang cahayanya dapat menyuburkan hatimu
seperti tanah kering disirami air hujan.

Wahai anakku!!!
Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja
dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya di jalan Allah SWT
sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuang dunia ini,
kelak dirimu akan menjadi pengemis dan
membebankan pula orang lain,
tetapi jangan pula kamu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati.
Ketahuilah apa yang kamu makan dan pakai itu
semuanya berasal daripada tanah.


Selamat Hari Lahir Anakanda Akhfash, jemputlah makan kek di atas tu. hihi :), nak makan kek betul, nanti tunggu atok, nenek dan acik-acik datang sini ye. Kita makan ramai-ramai. Mesti seronok.


p/s : Hari lahir Akhfash mengikut tahun masihi adalah pada 27 Mei 2006

0 comments: