Saya takut untuk bercakap-cakap dengan doktor kerana bahasa Arab saya yang lemah dan lambat-lambat dek tercari- cari kalimah yang sesuai serta susunan uslub yang betul. Saya takut kelemahan bertutur menggunakan bahasa Arab secara lancar ini akan mengganggu tuan doktor lantas menimbulkan rasa tidak senang di hati beliau yang seterusnya meninggalkan saya terkontang- kanting bercakap seorang diri. Saya takut, saya segan, malu dan banyak lagi serangan pemikiran yang ditembakkan ke minda ini apabila diajukan pertanyaan mengapa tidak mengakrabi tuan syeikh.
Yang jelasnya, hampir kesemua fikiran pesimis tadi masih berkisar tentang bertanya, bercakap dan berbicara dengan doktor. Belum lagi masuk bab mengakrabi mereka yang merangkumi aspek mengenali latar belakang pengajian mereka, keluarga, sejarah hidup dan berkongsi masalah bersama mereka. Macam mana pula hendak sampai ke peringkat berbakti kepada tuan syeikh seperti Syeikh Nuruddin yang berbakti kepada tuan guru beliau semasa di Mekah. Sungguh, sungguh jauh kita dengan adab seorang murid kepada guru.
Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar di kampus sini bersikap demikian. Malah ada yang mampu karib dengan doktor sehingga membuatkan para alim ulama ini teringatkan mereka sekalipun telah tamat pengajian dan lama hilang dari pandangan mata. Apabila berjumpa dengan pelajar-pelajar baru, doktor tadi pasti bertanya tentang muridnya yang sudah tamat belajar tadi. Paling tidak, pasti disuakan soalan, kenalkah kamu dengan si polan bin si polan?
Namun bilangan pelajar bermutu demikian sangat sedikit. Oleh itu, saya rasakan inilah antara usaha yang mesti kita gemblengkan bersama-sama. Bilangan yang sedikit inilah yang sewajarnya kita lipat gandakan. Pasti ramai ahli DPMT setuju dengan kata-kata saya ini. Ayuh, mari kita realisasikan kempen kenali doktor! Semoga Allah merestui kita semua dan melorongkan kita ke jalan-jalan terbaik untuk lebih mengakrabi para alim ulama-Nya.
Sekiranya tekad sudah membulat, kata hati sudah sepakat maka, mari kita gambarkan langkah seterusnya. Dapatkan nombor telefon doktor? Alamat? Bertanya khabar dan bermacam lagi yang boleh diikhtiarkan. Modus operandinya pasti berbeza antara satu sama lain. Tidak mengapa, yang penting niat yang baik ini dapat dijayakan tanpa dicemari oleh sebarang unsur-unsur mazmumah.
Kalau di Shoubra, peluang untuk rapat dengan syeikh terbuka luas. Sebab itu biasa kita dengar cerita sebahagian dari kawan-kawan di sana yang sentiasa menemani syeikh pergi dan pulang ke Maahad (Sebagai makluman, waktu pengajian Maahad bermula seawal 7.30 pagi). Ada juga yang menemani syeikh hingga sentiasa mengiringi mereka solat lima waktu di masjid. Secara tidak langsung, ruang waktu yang berkat bersama para masyayikh ini dapat digunakan untuk bertalaqi, bertanya masalah, berlatih kemahiran bahasa Arab dan sebagainya.
Selain itu, jadual waktu sebahagian dari tuan guru ini yang tidak sepadat jadual para doktor di kuliah membuka lebih ruang kepada para pelajar mengutip mutiara-mutiara berharga dari mereka. Begitulah serba sedikit memoir yang sempat dirakam sewaktu di Shoubra sebelum ini. Semoga tradisi yang baik ini masih diteruskan dan makin berkembang di kalangan adik-adik Maqaz.
Di bumi Tanta pula tentulah lebih banyak cerita dan pengalaman yang boleh dikongsi. Setidaknya, itulah harapan saya. Tambah pula, saya baru sahaja bermukim di sini. November 2008, genaplah setahun kami sekeluarga (saya, isteri, anak dan adik saya) menjadi penghuni bumi Said Badawi ini. Barangkali sahabat-sahabat yang lebih dahulu bermastautin di sini boleh bercerita panjang kisah serta pengalaman bersama para doktor mahupun syeikh yang ramai itu.
Bagi saya pula, apa yang dapat diingat ialah kelahiran Aisyah adalah anugerah batu loncatan untuk lebih mendekati para alim ulama di sini. Demi melihat kehadirannya benar-benar dihargai dan diberkati, saya inginkannya ditahnik dan didoakan oleh seramai mungkin tuan guru. Untuk itu saya jadi makin berani dan lebih fokus. Segala prasangka, takut dan segan yang bersarang sebelum ini seolah-olah hilang begitu sahaja. Saya jadi tidak kisah dengan apa jua yang berada di hadapan.
Paling tidak akan saya lupakan ialah saat menghubungi Dekan Kuliah saya, Dr. Samy yang terkenal serious lagi tegas. Dua tiga kali saya menekan butang cancel kerana masih belum benar-benar yakin untuk bercakap dengan beliau. Akhirnya, setelah dapat bercakap dan berbual dengan beliau, saya rasa sangat rugi sekali. Beliau baru sahaja pulang ke rumah yang terletak agak jauh dari kampus kami (Rumah kami pula di belakang kuliah) dan tidak dapat hadir ke kuliah dalam waktu terdekat kerana menyelesaikan urusan di luar daerah.
Irama kemesraan terasa dihulur sedari awal beliau menjawab panggilan lagi. Beliau lantas bertanya khabar saya dan masalah yang dihadapi untuk dibantu. Beliau juga setia mendengar bilah-bilah perkataan yang saya tuturkan sekalipun sering terputus-putus akibat gangguan capaian talian Vodafone yang agak bermasalah pada waktu itu.
Apa yang menarik lagi ialah perasaan saya yang terlalu gembira menyebabkan kalimah-kalimah yang disebut juga berbunyi pelat membuatkan beliau tercari-cari apakah sebenarnya yang saya hajatkan. Namun, beliau tetap menunggu di hujung corong sana. Saya rasa sungguh rugi terlewat menghubungi beliau. (Sebenarnya antara perkara yang menjadikan saya begitu gementar berhadapan dengan beliau ialah kerana pernah dimarahi beliau sendiri semasa peperiksaan lisan tahun pertama 2005/06. :P Pada masa itu saya sendiri benar-benar kecewa tidak menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan).
Selain itu, saya turut bersyukur kerana dapat peluang mempertemukan keluarga saya kepada Dr. Nasr Said (juga doktor di kuliah al-Quran) yang terkenal hebat dalam ilmu bahasa Arab serta mempunyai gaya penyampaian yang menarik perhatian pendengar. Sekali lagi saya terasa rugi kerana setelah Aisyah berusia dua bulan baru menghubungi beliau. Walaubagaimanapun, pertemuan kali ini saya jadikan sebagai langkah awal untuk lebih mendekati beliau.
Dr. Nasr juga seorang yang mesra dan mudah didekati oleh semua pelajar beliau. Selain itu, beliau juga sangat berhikmah dalam menyatakan sesuatu. Pernah satu ketika beliau ingin menegur mereka yang tertidur semasa kuliah berjalan lalu berkata, ala innama tahtat turabi naumun towil (Sesungguhnya di bawah tanah nanti pasti ada ‘tidur’ yang panjang).
Di satu ketika yang lain, seorang pelajar agak gelojoh menyatakan kritikannya terhadap doktor lain yang lebih tua lalu ditegur oleh beliau dengan perumpamaan yang menegah dari bersikap demikian sekaligus mempamerkan sebuah pendirian yang sepatutnya dimiliki seorang pelajar dengan berkata, Innama nahnu tahta turabi aqdamahom(kita seumpama debu-debu di bawah telapak kaki mereka).
Sungguh, saya menikmati pertemuan dan perkenalan bersama para pemacu taman ilmu ini. Semoga Allah memanjangkan umur mereka serta kita semua untuk bersama-sama memetik berkat, ilmu juga hikmah limpahan dari Allah kepada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.
Di sebalik kisah-kisah seumpama tadi, saya juga mendapat cerita yang agak kurang memberansangkan. Pernah seorang sahabat (kita namakannya A) yang agak rapat dengan para doktor diminta oleh salah seorang dari mereka (kita namakannya Dr. B) untuk menunjukkan markas pelajar Malaysia, Bait Izzah. Menurut si A, Dr. B ini berminat untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia dan berhasrat untuk menziarahi markas.
Dalam perjalanan, mereka berdua berselisih dengan salah seorang pelajar yang lain(kita namakannya C). Dengan lagak penuh wasangka, si C bertanya kemanakah hendak dibawa orang Arab ini? Lalu dijawab, markas. Lantas dibalas dengan larangan berprejudis, jangan dibawa Arab ke sana. Bahaya, takut nanti mabahis(penyiasat atau lebih sesuai diterjemah pengintip) tahu, kita semua akan menghadapi masalah. Semua perbualan adalah dalam bahasa Malaysia. Cuba bayangkan perasaan Dr. B jika beliau memahami apa yang diperkatakan.
Saya tidak berminat untuk menghabiskan kisah tadi. Yang saya tahu ialah si A dan Dr. B tidak meneruskan hasrat mereka ke markas. Adakah mereka tawar hati lantaran sikap si C yang kurang tertib itu atau ada sebab-sebab yang lain, hanya Allah jua yang mengetahuinya.
Si A dan sahabatnya yang meriwayatkan kisah ini kepada saya masih ada di sini. Satu perkara yang menjadi hirisan kepada hati kami ialah sikap si C yang cetek adab. Pada pandangan kami, tindakan si C tadi barangkali berpunca dari sikapnya yang fobia Arab memandangkan beliau juga bukanlah pelajar baru.
Sikap inilah yang mesti kita basmi sehingga ke titisan daki yang terakhir. Apakah tidak boleh dia bertanya, apakah tujuan si Arab ini hendak ke markas? Sebelum dari itu, siapakah si Arab bersama si A itu? Dan kalaupun kehadiran Arab ke markas perlu dimaklumkan kepada mana-mana AJKT DPMT, tidak bolehkah dia bertindak proaktif dengan menghubungi mereka bagi pihak A dan B?
Kadang-kadang saya merasakan pelajar Malaysia seolah-olah terlalu takut dengan gertakan pihak mabahis. Benar, Sirr Hazar itu perlu dan menjaga maslahat umum itu dituntut, akan tetapi bukankah cara serta kaedahnya boleh dimanipulasi? Kalau dalam kes tadi, masih ada jalan lain yang lebih baik. Contohnya, jika tidak ingin si A dan B menuju ke markas pada masa itu, mereka boleh diajak ke rumah mana-mana AJKT yang berdekatan dengan mengajak mereka berjumpa wakil pelajar secara langsung. Benarlah hikmah itu barang yang hilang dari mukmin.
Sikap fobia Arab yang masih membelenggu jiwa segelintir daripada kita perlulah dikikis dan dibuang jauh-jauh. Kita bimbang jika tidak dibanteras ia akan mudah diserang, dihasut dan dipengaruhi fikrah buruk seperti fikrah mabahis Mesir yang sekular bertopeng demokrasi ala mafia. Lebih malang lagi jika tidak dibendung, sikap ini juga akan menjauhkan kita daripada barisan doktor juga masyayikh yang sepatutnya didekati dan diakrabi.
Kita sangat khuatir kerana sikap fobia Arab tidak bertempat ini hanya akan menjadikan mahasiswa lesu, bertindak mengikut arahan, dan tidak proaktif mendepani cabaran.
Sungguh, menarik rambut dari dalam tepung itu susah. Rambutnya mudah putus dan tepung senang berhamburan.
6 comments:
Salam Hormat,
Wednesday, December 10, 2008Perkenalkan, saya Endy. Kebetulan (Alhamdulillah) saya menguasai sebuah teknik yang diberi nama SEFT (Singkatan dari Spiritual Emotional Freedom Technique). Teknik ini saya pelajari dari penemu dan pendiri SEFT, yaitu Ahmad Faiz Zainuddin. Beliau sekarang terus mengembangkan Teknik SEFT. Untuk itu ia mendirikan LoGOS Institute (www.LoGOS.co.id). Teknik ini mengklaim mampu mengatasi semua keluhan fobia dibawah ini (InsyaaLloh).
Mulai takut Air – Hydrophobia,
Takut Agama – Theologicophobia,
Takut Alat Kelamin – Kolpophobia,
Takut Aliran Udara – Aerophobia,
Takut Alkohol – Methyphobia,
Takut Alkohol – Potophobia,
Takut Amnesia – Amnesiphobia,
Takut Anggur – Oenophobia,
Takut Angin – Ancraophobia,
Takut Angka – Arithmophobia,
Takut Angka 13 - Triskaidekaphobia,
Takut Angka 8 – Octophobia,
Takut Anjing – Cynophobia,
Takut Anjing Laut – Lutraphobia,
Takut Anus – Rectophobia,
Takut Api – Arsonphobia,
Takut Api – Pyrophobia,
Takut Awan – Nephophobia,
Takut Ayam – Alektorophobia,
Takut Ayan – Hylephobia,
Takut Badut – Coulrophobia,
Takut Bahan Kimia - Chemophobia,
Takut Bangunan Tinggi – Batophobia,
Takut Banjir – Antlophobia,
Takut Bapak Tiri – Vitricophobia,
Takut Batu Nisan – Placophobia,
Takut Bau Badan – Bromidrosiphobia,
Takut Bau Bauan – Olfactophobia,
Takut Bau Busuk – Autodysomophobia,
Takut Bawa Mobil - Amaxophobia,
Takut Bawang Putih – Alliumphobia,
Takut Bayangan – Sciaphobia,
Takut Bebas – Eleutherophobia,
Takut Belanda – Dutchphobia,
Takut Benang – Linonophobia,
Takut Benda di Sebelah Kanan – Dextrophobia,
Takut Benda di Sebelah Kiri – Levophobia,
Takut Berantakan – Ataxophobia,
Takut Berbicara – Laliophobia,
Takut Bercinta – Malaxophobia,
Takut Bercinta – Sarmassophobia,
Takut Berdosa – Hamartophobia,
Takut Berfikir – Phronemophobia,
Takut Berita Baik – Euphobia,
Takut Berjalan – Stasibasiphobia,
Takut Berjanji – Enissophobia,
Takut Berkotbah – Homilophobia,
Takut Berlarut – Apeirophobia,
Takut Bersenggama – Coitophobia,
Takut Bertanggung Jawab – Hypegiaphobia,
Takut Binatang – Zoophobia.
Takut Binatang Liar – Agrizoophobia,
Takut Binatang Melata – Herpetophobia,
Takut Bintang – Astrophobia,
Takut Bintang – Siderophobia,
Takut Bintang Berekor – Cometophobia,
Takut Bom Atom – Atomosophobia,
Takut Boneka – Pediophobia,
Takut Boneka Bersuara Perut – Automatonophobia,
Takut Bosan – Xerophobia,
Takut Botak – Phalacrophobia,
Takut Buang Air Besar – Rhypophobia,
Takut Buku – Bibliophobia,
Takut Bulan – Selenophobia,
Takut Bulu Ayam – Pteronophobia,
Takut Bunga – Anthophobia,
Takut Bunga Es – Pagophobia,
Takut Bungkuk – Kyphophobia,
Takut Burung – Ornithophobia,
Takut Buta – Scotomaphobia,
Takut Cabut Gigi – Odontophobia,
Takut Cacing – Helminthophobia,
Takut Cacing – Scoleciphobia,
Takut Cacing Pita – Taeniophobia,
Takut Cacing Pita Babi – Trichinophobia,
Takut Cahaya – Photophobia,
Takut Cahaya dari Utara – Auroraphobia,
Takut Caplak – Phthiriophobia,
Takut Cemburu – Zelophobia,
Takut Cermin – Catoptrophobia,
Takut Cina – Sinophobia,
Takut Corak Baru - Cainophobia
Takut Daerah Perbatasan – Claustrophobia,
Takut Daging – Carnophobia,
Takut Dagu – Geniophobia,
Takut Danau – Limnophobia,
Takut Darah – Hemaphobia,
Takut Debu – Amathophobia,
Takut Debu – Koniophobia,
Takut Demam – Febriphobia,
Takut Demam – Fibriophobia,
Takut Demo – Daemonophobia,
Takut dengan Seks – Erotophobia,
Takut Dewa – Zeusophobia,
Takut Di dalam Rumah – Oikophobia,
Takut di Ejek – Katagelophobia,
Takut di Hipnotis – Hynophobia,
Takut Di pandang – Opthal
Teruskan usaha. Nanti jadi macam ana, sudah balik baru menyesal tidak merapati Dr walaupun hati telah meletakkan mereka pada darjat yang tinggi. Kalau anta tanya Dr kuliah Quran, pasti tiada yang mengenali ana.
Wednesday, May 20, 2009Berapa ramai pelajar yang menyambung pengajian sekarang ni?
Baru terjumpa blog pelajar kuliah Quran. Malam ini ana kena sampaikan hala tuju yang lebih untuk memberi semangat pelajar menyambung sehingga kuliah Quran Tanta. Kalau tidak pasti banyak maklumat baharu yang ana dapat.
Dr Sami apa khabar? Untunglah anta dapat rapat dan mengenali Dr lebih rapat.
Wednesday, May 20, 2009Sekarang ada berapa orang semua pelajar Malaysia di kuliah Quran?
Terima kasih kepada us asyraf 'kalam perubahan' kerana sudi meninggalkan respon dan motivasi.InsyaAllah akan diusahakan sedaya yang boleh.Semalam baru jumpa Dr Samy. Kebetulan, beliau minta ana bawa ketua pelajar Malaysia Tanta berjumpa dengannya. Beliau sihat alhamdulillah. Bahkan beliau selalu bertanyakan masalah kami. Sekarang ada 70 orang pelajar Malaysia di sini. Ramai kan.huhu. Jumlah itu termasuklah mereka yang mendaftar tapi tidak meneruskan pengajian.
Monday, November 30, 2009salam. orang dulu3 tu siapa ya? Bagi saya orang seperti ini tidak bertanggungjawab atau tidak berani bertanggungjawab kerana tidak berani memperkenalkan namanya. Bagi saya apa yang saya tulis tidak pun berat sebelah. Tidak ada unsur memperkecilkan ancaman mabahis. Fokus saya dalam tulisan ini ialah sifat berwaspada di kalangan kita itu mesti ada. Tapi biarlah ia berpandu akal dan hikmah syariat. Bukan berwaspada yang membuta tuli. Kalau pun ada berkaitan mabahis, ia hanya memburukkan mereka. Yang pasti, memburukkan dan meremehkan adalah dua perkara yang berbeza. Anda pula hanya menyalahkan kami kerana berada di zon selesa. Sedangkan anda sendiri barangkali tidak mampu merasai apa yang kami rasa yang menurut anda adalah selesa. Disumbat ke penjara atau diserbu secara tiba-tiba, serta memegang tanggungjawab menjaga keselamatan bersama(janganlah promosi bahawa anda ni bekas exco :D) adalah beberapa contoh yang anda nyatakan sebagai gambaran apa yang barangkali tidak dirasai oleh kami yang berada di zon selesa, sebagaimana anggapan anda. Saya bersetuju dengan kenyataan anda bahawa kita mesti beringat sentiasa agar perkara di atas tidak berlaku. Persoalannya, apakah yang saya nyatakan di dalam artikel ini dengan mencadangkan beberapa helah serta langkah win-win khas kepada cerita ketiga itu menurut anda memperkecilkan ancaman mabahis? Jelas anda tidak membaca artikel saya hingga ke penghujungnya. Ataupun membaca tapi tidak memahami. Ataupun membaca, tapi dengan perasaan marah serta emosi. Ataupun barangkali anda adalah watak C dalam cerita ketiga. Nasihat saya, sebelum anda marah, ataupun berburuk sangka dengan tulisan saya, dengan rendah hati saya meminta agar anda baca dengan teliti terlebih dahulu apa yang telah cuba saya sampaikan. Akhirnya, saya tidak bermaksud saya sahaja yang betul dan saya mesti menang. Jauh sekali cuba mempengaruhi pembaca membanding-bandingkan generasi dahulu dengan generasi terkemudian. Kerana setiap generasi punya kelebihan dan kekurangan. Apa yang lebih penting dari semua itu ialah sikap kita. Di mana kita dalam usaha mengaut ilmu? Di mana kita dalam usaha mendekati para ulama, dakatirah dan masyayikh? Tidak dilupakan, di manakah kita ketika bersirr hazar(beringat-ingat) akan bahaya diancam sesetengah orang yang tidak faham Islam seperti kebanyakan mabahis dan sebagainya? Salah dan silap harap dimaafi, tegur-menegur biarlah dialasi, bukankah itu ajaran Nabi?
Sunday, December 27, 2009Post a Comment