Perasmian Pejabat Agung PAS yang baru.
Tuesday, May 22, 2007

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebentar tadi merasmikan bangunan Pejabat Agung PAS yang baru di Jalan Raja Laut dekat sini sebagai mercu tanda baru bagi membuktikan komitmen PAS untuk terus unggul di persada politik negara.
Majlis gilang gemilang turut dihadiri Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, wakil-wakil NGO dan kedutaan asing.
Hari ini Bangunan PAS yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan secara rasminya diisytiharkan sebagai asas penggerak Islam dan demokrasi dalam negara.
Tuan Guru Dato’ Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam ucapannya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah dan melahirkan kegembiraan beliau kerana PAS berjaya melangkah kehadapan dengan membawa obor Islam yang relevan sepanjang zaman ditengah hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur.
Bangunan tujuh tingkat itu menempatkan semua organisasi PAS di peringkat pusat di bawah satu bumbung dengan dekorasi dalaman yang eksklusif dan canggih.
Bagi Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar, kewujudan bangunan baru PAS melebarkan syiar Islam di kawasan strategik yang penting dan memberikan kesan imej jangka panjang tentang iltizam PAS untuk memainkan ‘centre-stage role’ dalam mengemukakan dasar alternatif berteraskan Islam kepada rakyat Malaysia.
HisyamZahra : Syukur dan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia PAS, teruskan perjuangan untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Takbir! Allahuakbar.
Salam Imtihan..
Saturday, May 19, 2007
Damaikan perasaan,
Lupakan segala kedukaan,
Usahlah dikenang,
Segala kedukaan lama,
Biarlah ianya terlerai,
Dari hatimu. Oh Teman...
Jangan diulang kesilapan lama,
Bersama kita pastikannya..
Lihatlah hari esok,
Yang bakal kita hadapi bersama,
Semoga ia menjanjikan,
Ketenangan yang kita cari,
Jua KEJAYAAN...
InsyaAllah- aminn.
Selamat Hari Lahir..
Thursday, May 17, 2007

Selamat Hari Lahir Yang Ke-30 tahun untuk adikku, opss silap! :) yang ke-20 tahun, untuk adik kami, Mohd Syamil bin Ab Rahman. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan beroleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Teruskan semangat dan usaha untuk menuntut ilmu kerana Allah swt. Semoga tercapai segala impian dan cita-cita.
SELAMAT HARI LAHIR
AWAN BERARAK CERIA,TIADA TITIS HUJAN,
POHON MELAMBAI,TANDA SOKONGAN,
KUSUSURI PERJALANAN,BERTEMANKAN SENYUMAN,
DI HARI LAHIR MU.
DEDAUN BERGUGURAN, MENITIKAN KEDEWASAAN,
SELAMAT HARI LAHIR, IRINGAN DOA KU HULUR,
BERSYUKUR KEPADANYA, ATAS NIKMAT USIA,
USIA MU IBARAT MUTIARA, TIADA BERGANTI LAGI,
HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA,
AGAR SEMPAT MENGUCUP,
HARUMAN SYURGAWI.
Selamat Hari Lahir juga buat abah tersayang, Mohamed bin Haji Ismail, pada 3 Mei 2007 yang lalu. Selamat Hari Lahir yang ke 53 tahun. Semoga abah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sentiasa sihat dan kuat untuk terus beramal dan beribadah kerana Allah swt. Iringan doa dari anak-anakmu, semoga abah terus di bawah rahmat dan naungan Allah swt.
Sempena Hari Guru ( 16 Mei 2007 )
Wednesday, May 16, 2007




BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
- USMAN AWANG -
1979
- Dedikasi untuk para guru, guru kami, tidak kira di mana jua berada, samaada yang masih hidup ataupun yang telah pergi. Khususnya guru yang pernah mengajar kami di :
- PASTI Kampung Kolam, Melor.
- Pondok Tok Kenali, Madinatul Ilmi, Kubang Kerian, Kelantan.
- Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong.
- MADIWA (Ma'had A'li liddirasati islamiyyah wal arabiyyah)
- Taski Al-Fikrah.
- Yayasan Al-Arqam.
- Institut Luqmanul-Hakim, Ulu Tiram Johor.
- Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Al-Islamiah, Johor.
- Maahad Qiraat Azhar, Shoubra.
- Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah dan Tanta.
- Guru, kami hanyalah debu-debu yang berada di telapak kaki guru. Jasa dan baktimu guru, akan kami kenang hingga ke akhir hayat.
- Ucapan Selamat Hari Guru juga kami tujukan buat, Abah Mohamed bin Haji Ismail, Abah Ab.Rahman bin Muhamad, Ummi Wan Norma binti Wan Abd Rahman dan Ummi Kamariah binti Abu Bakar, selaku insan yang bergelar GURU.
- Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.
Sanah Helwa Ya Ahmad

Hari Ini 29 Rabiul Akhir 1428, genap setahun usia Anakanda Ahmad Akhfash mengikut bulan Islam. Dikesempatan ini, Mak Long dan Pak Long ingin merakamkan ucapan " SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA ". Semoga anakanda dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, membesar sebagai insan soleh harapan ummah dan beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.
Kami titipkan kalam hikmah ini, buat bekalan anakanda meniti hari-hari mendatang.
Wahai anakku!!!
Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana
suatu kesalahan yang telah kamu lakukan,
maka kemarahan mereka itu laksana baja untuk
menyuburkan tanaman.
Wahai anakku!!!
Bergaullah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu.
Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat
serta tunjuk ajar daripada mereka.
Sesungguhnya nasihat mereka bagaikan mutiara
hikmat yang cahayanya dapat menyuburkan hatimu
seperti tanah kering disirami air hujan.
Wahai anakku!!!
Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja
dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya di jalan Allah SWT
sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuang dunia ini,
kelak dirimu akan menjadi pengemis dan
membebankan pula orang lain,
tetapi jangan pula kamu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati.
Ketahuilah apa yang kamu makan dan pakai itu
semuanya berasal daripada tanah.
p/s : Hari lahir Akhfash mengikut tahun masihi adalah pada 27 Mei 2006
Jadual Imtihan Semester II 06/07
Tuesday, May 15, 2007

Jadual Kami :
- 17 Mei 2007 = Syafawi quran & qiraat
- 19 Mei 2007 = Quran ( tahriri )
- 26 Mei 2007 = Ulum Quran
- 02 Jun 2007 = Taujih Qiraat
- 12 Jun 2007 = Tayarot Fikriyah Muasarah
Selamat menjalani imtihan buat sahabat-sahabat semua, semoga kita semua berjaya di dunia dan juga di akhirat.
Titipkan nama kami di dalam kiraian munajat kalian. Hanya Allah sebaik-baik pembantu dan tempat kita bertawakkal.Siiru ala barakatillah.
Selamat Hari Ibu
Sunday, May 13, 2007

BELAIAN IBU
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan
Kebahagiaan Oh… Ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajahmu terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu di dunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang
Nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan
Kebahagiaan anak-anakmu
Oh... IBU
Pertandingan Terjemahan B
Saturday, May 5, 2007
Pertandingan terjemahan B
القول الطيب
يا خير أمة متى تزول الغمة؟
Pertandingan Terjemahan A
Sunday, April 29, 2007
Pertandingan terjemahan A
Bahasa Melayu kepada bahasa Arab
Pemberi lebih gembira daripada penerima
Dipetik dari kolum laman hati bersama Pahrol Mohd Joui, majalah Anis siri Julai 2006
“Mana lebih gembira, memberi hadiah atau menerima hadiah?” tanya saya kepada para peserta.
Hampir seluruh daripada mereka mengaku menerima hadiah lebih menggembirakan.
“Saya akan bercerita, dengarkan…. Apabila saya habis bercerita, aya pasti jawapan anda akan berubah. Insya-Allah!”
Saya menceritakan bagaimana seorang anak kecil berkali-kali berpesan kepada ibunya agar pulang membawa hadiah. Hadiah yang diingini adalah sebuah anak patung yang besar.
“Katalah anda adalah ibu atau bapa anak kecil itu. Anda telah meninggalkan anak itu sejak dua hari yang lalu. Lusa anda akan kembali ke rumah masing-maing. Namun sebelum pulang anda bertekad hendak membawa pulang anak patung yang anak anda inginkan. Setelah puas mencari, akhirnya anda menemuinya. Anda membeli dan terus membawanya pulang. Bayangkan…anak anda telah menunggu di hadapan pintu, sambil bersorak ria melihat anak patung di tangan anda. Baiklah, sekarang para ibu tolong jawab…siapa agaknya lebih gembira, ibu yang memberi hadiah atau si anak yang menerima hadiah? Tolong jawab.”
* * *
Kali ini jawapan berubah. Semua akur yang hati si ibu lebih gembira berbanding si anak.
“Mengapa? Mengapa si ibu yang gembira sedangkan dia memberi? Ya, jawapannya kerana si ibu memberi dengan rasa kasih sayang. Jadi, pengajarannya ialah untuk rasa gembira apabila memberi…berilah dengan kasih sayang.”
“Sayangnya sering kita tidak gembira bila memberi…mengapa?”
“Memberi mengurangkan,” jawab seorang peserta.
“Orang yang menerima tak pandai berterima kasih,” tambah seorang lain.
“Tak ada apa yang nak diberi” sampuk yang lain.
“Tak adil, kita susah-susah mencari, dia pula senang-senang mendapat.”
“Memberi tidak akan mengurangkan,” kata saya. “Bahkan hukama berkata, harta yang menjadi milik kita yang hakiki ialah yang diberi ke jalan Allah. Yang lain, kita hanya tukang simpan…apabila mati harta itu diwariskan.”
“Pernah nampak anak-anak pokok sayur di batas? Untuk tumbuh menjadi sayur yang subur, mesti sebahagiannya dicabut…dibuang, untuk memberi ruang kepada sebahagian yang lain tumbuh subur. Jika semua dibiarkan tumbuh, pertumbuhan semuanya akan terbantut. Begitulah rezeki, perlu diberi dalam bentuk zakat dan hibah, akan subur dan bersih!” tambah saya lagi.
* * *
“Tak ada apa nak diberi? Jangan sempitkan pengertian rezeki, nanti rezeki kita sempit. Jika kita hadkan rezeki hanya pada harta, bila tidak ada harta maka tidak adalah rezeki yang hendak diberi… Memberi bukan hanya dengan harta, tapi dengan senyuman, doa, ilmu, sangka baik, maaf. Siapa kata kita tak ada untuk memberi?”
“Tak adil? Kita dapat semua yang kita miliki dengan kudrat kitakah atau kudrat yang dipinjamkan oleh Allah? Mata, tangan, kaki, tenaga yang kita gunakanuntuk mencari hakikatnya daripada Allah. Sebenarnya, tanpa disedari kita adalah saluran Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya yang lain.”
“Kenapa sukar untuk gembira apabila memberi?”
“Sekali lagi…kita memberi tanpa kasih sayang.”
“Kenapa tidak ada kasih sayang?”
“Kasih sayang adalah buah iman. Iman dan kasih sayang lazim-melazimi. Siapa yang kukuh imannya, maka teguh jugalah kasih sayangnya.”
“Maknanya?”
“Kita memberi kerana-Nya, bukan harapkan balasan manusia. Kita memberi kerana Allah meminta kita memberi. Jika kita memberi kerana manusia, kita akan sakit jiwa.”
“Kenapa?”
* * *
“Kajian menunjukkan majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Jadi jika kita mengharapkan terima kasih, kita akan kecewa?”
“Adilkah selepas memberi kita dilupakan?”
Saya senyum. Gembira melayan pertanyaan peserta yang bertubi-tubi.
“Baiklah, adilkah setelah sekian banyak nikmat yang diberikan oleh Allah, majoriti manusia tidak bersyukur kepada-Nya? Allah sendiri menegaskan, bahawa sedikit sekali daripada hamba-Nya yang bersyukur…”
“Dunia memang tidak ail.”
“Tidak. Manusia yang tidak adil. Manusia zalim. Kalau kita yang kerdil ini tergamak tidak memberi hanya kerana orang lain tidak pandai berterima kasih, cuba bayangkan Allah, Yang Maha Besar, yang masih sudi memberi walaupun hamba-Nya tidak bersyukur. Siapa kita?”
Saya menambah: “Memberilah…kerana siapa yang tidak memberi ertinya tidak memberi kepada dirinya sendiri!”
Siapa yang cinta banyak akan memberi banyak
Ketika anak sulung bertanya, “bagaimana mencintai anak-anak yang lain tanpa mengurangkan cinta ayah kepada saya?”
“Cinta bukan benda, yang akan mengurang apabila dikongsi. Cinta berkurang bila berubah hati,” jawab si ayah.
“Tapi ayah seorang, anak-anak ramai…”
“Siapa yang cintanya banyak, akan mampu memberi banyak.”
“Apa maksud kalau cinta itu banyak?” Cinta boleh bertambah?”
“Sesuatu yang boleh berkurang, pasti boleh bertambah. Seorang ayah mampu dan mesti menambah kuantiti dan kualiti cintanya. Kemudian, lahirlah anak seorang demi seorang…cintanya akan dapat diberi seadilnya tanpa mengurangi cinta yang telah diberikan sebelumnya.”
“Bagaimana ‘membanyakkan’ cinta?”
“Tingkatkan cinta kepada Pencipta cinta – Allah. Dia al-Wahhab(Maha Pemberi)”
Pertandingan terjemahan SKEK 07
In ArtikelSaturday, April 28, 2007

Pertandingan terjemahan SKEK 07
Syarat-syarat pertandingan
- Terjemahan terbahagi kepada dua; A dan B .Setiap peserta boleh menyertai salah satu atau kedua-duanya sekali. Penyertaan ke dalam kedua-dua bahagian akan diberi keutamaan.
- Terbuka kepada semua pembaca
- Setiap penyertaan mestilah dihantar melalui lampiran emel (attachment file) kepada:
Hisyam – ise_sekoda@yahoo.com - +2010-0339319 , +2010-6815462
Wan Balqis – wanbalqis@yahoo.com +2010-6574954
Atau hantarkan ke asrama Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabie, Cairo.
Penyertaan mestilah sampai kepada pihak penganjur sebelum atau pada 15 Jun 2007.
- Setiap penyertaan mestilah menyertakan butir-butir berikut:
Nama penuh:
Negeri:
Alamat di Mesir:
Kuliah:
Tahun pengajian:
No tel:
E-mel:
- Setiap terjemahan yang dihantar mestilah kemas dan mudah difahami.
- Sertakan juga nas asal serta senarai sumber rujukan.
- Setiap terjemahan yang dihantar akan menjadi hakmilik SKEK dan akan dipertimbangkan untuk diterbitkan dengan beberapa suntingan yang perlu.
- Keputusan pengadil adalah muktamad
- Keputusan pertandingan akan diumumkan dalam keluaran SKEK yang seterusnya.
- 5 Pemenang terbaik akan mendapat hadiah berupa wang tunai LE 30.00 setiap seorang.
- Setiap penyertaan yang lain akan mendapat saguhati istimewa dari pihak SKEK.
P/s : Dapatkan artikelnya di dalam Suara Kampus Edisi Kelantan bilangan 38, yang telah berada di pasaran sekarang, atau nantikan artikelnya di dalam entri blog ini tidak lama lagi.
Pantun
In SasteraTuesday, April 24, 2007
PANTUN MALAS SEMBAHYANG
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!!
Buku
In Titian kehidupanSunday, April 22, 2007
Dalam keripuhan menelaah kitab dan buku menjelang peperiksaan yang kian mendekat, hati ini kadang-kadang diserbu dengan perasaan yang berbagai. Demi melegakan gelojak itu, saya uliti kembali hasil tulisan sendiri. Mencari secangkir kekuatan. Mengumpul kesedaran sendiri. Membandingkan diri sendiri. Santai bermuhasabah. Lantas cuba mencubit di sana sini, memberi nafas baru kepada karya tahun 2004 ini.
Nilai sebuah buku
Pada awal bulan ini, saya telah dijemput ke rumah seorang sahabat yang baru berpindah. Rumah baru katanya. Namun saya tidak dapat berlama-lama di sana. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah, saya terus meminta diri untuk ke jalan ‘ Solah Salim ’. Hajat di hati hendak beli majalah. Kaki diatur pantas ke tempat perhentian bas. Dalam hati masih berkira-kira. ‘Bas mana pulak nak kena naik ni? Alah! Tahan sajalah mana-mana pun. Lepas tu tanyalah Arab.’
Setelah naik turun dua tiga buah bas akhirnya konduktor sebuah bas hijau yang tak diingat nombornya mengiyakan pertanyaan saya. Saya membuka beg sandang untuk mengambil beg duit. Tiada. Buka zip hadapan. Juga tiada! Terus beg sandang diselongkar habis-habisan. Malangnya duit yang dicari tidak ditemui. Saya berdiri dari kerusi dan bersedia untuk turun kembali.
“Roh fen ya akhi?” Konduktor bas bertanya.
“Uridun nuzul. Nuqudi waqa’.” Balas saya.
Pakcik Arab itu tidak mengizinkan saya turun. Tidak mengapa, katanya. Saya turun di jalan ‘Solah Salim’ dalam keadaan serba salah. Hendak ke Hayyu Sabi’e jauh. Hendak balik ke Abbasiah, jauh juga. ‘Ya Allah! Bantulah hambaMu ini.’ Hati ini berdoa. Ingin minta duit dengan Arab, malu! Ketika itu saya terfikir, bagaimanakah perasaan peminta sedekah yang menadah tangan meminta bantuan? Malu, sedih, lemah dan tertekan. Itulah yang saya rasakan. Tambah menyakitkan apabila mengenangkan sikap diri dan sahabat-sahabat yang jarang menghiraukan tadahan tangan yang dihulur. ‘Alhamdulillah!’ Seorang pemuda Arab yang diminta bantuannya memberikan satu Junaih kepada saya. Menyeberangi jalanraya di Solah Salim adalah satu perkara yang merbahaya jika belum biasa. 10 minit berlalu. Kenderaan lalu lalang masih belum putus. Dua pemuda Arab datang membantu.
‘Alhamdulillah!’ Sesampainya saya di seberang jalan, seorang Arab menegur saya. Berkot hitam. Seluar dan kasutnya juga begitu. Dia membimbit sebuah walkie-talkie. ‘SB kah...?’ Hati saya berdebar. Setelah memperkenalkan diri sebagai pelajar Malaysia dan tujuan saya, dia menunjukkan tempat menunggu bas. Lega. Kembali ke Abbasiah. Adakah perjalanan kembali ke Abbasiah kali ini lebih baik? Tidak semestinya. Begitulah, ku sangkakan panas yang berpanjangan akan tiba, sebaliknya gerimis yang semakin melebat pula mengundang. Sekali lagi masalah bas menjadi igauan. Bas yang lalu lalang semakin berkurangan. Setiap bas yang datang diamati teliti. Bagaikan kebetulan, semuanya tidak menuju ke Abbasiah. Saya tetap menunggu walaupun hati sudah mula menggerutu. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sementara menunggu bas yang tidak kunjung tiba, benak ini ligat memikirkan hikmah di sebalik setiap halangan yang ditemui sepanjang perjalanan ke Solah Salim.
Betul bagai disangka, beg duit saya tertinggal di sini. Setelah berbasa-basi sekadarnya, sekali lagi saya meminta diri untuk ke jalan Solah Salim.
Alhamdulillah! Perjalanan kali ini lebih lancar. Saya membelek-belek majalah bahasa Inggeris yang dibeli dengan senyuman yang penuh erti. Pandangan dilontar jauh mengkhayalkan dunia sendiri. Apakah janggalnya seorang azhari petah berkata-kata dengan bahasa Inggeris? Kadang-kadang kita terlalu melatah melayan tohmahan masyarakat tentang kelemahan Azhari menguasai bahasa Inggeris untuk berkomunikasi? Baik, kalau kita mengatakan bahawa azhari agak terpinggir dalam menguasai bahasa Inggeris lantaran kita terlontar ke tanah Arab maka mengapakah masih ada yang mengatakan bahawa lepasan perubatan Mesir lebih berkualiti menguasai bahasa Arab berbanding lepasan lain-lain jurusan di Mesir? Jangan cuba menafikan kenyataan ini. Sesungguhnya tanpa kewujudan angin, pokok tidak akan bergoyang.
Persoalan yang utama bukanlah di mana kita berada, bukan juga jurusan apa yang kita pelajari. Ia adalah berkenaan sikap apa yang kita miliki. Sebutkan apa sahaja bidang ilmu dan bahasa yang kita pelajari, semuanya tidak akan berkualiti jika tidak disertai dengan ketekunan hati. Berapa ramaikah di kalangan kita yang membiasakan diri membaca akhbar Arab atau majalah-majalah berbahasa Arab? Kebanyakan kita hanya membeli akhbar Arab untuk dijadikan alas makan dan pelapik pakaian di dalam almari sahaja. Sedangkan yang membacanya sekalipun ada amat sedikit jika dibandingkan dengan yang tidak menggunakannya sebagai bahan bacaan.
Kadang-kadang terfikir juga, tidak wajar menyalahkan suasana masyarakat yang ada atas kelemahan yang diperkata. Namun begitu, seorang sahabat pernah berbicara katanya,
“kita tidak perlu menunggu orang lain untuk memperbaiki kekurangan yang ada dengan alasan kononnya orang lain lebih layak. Sebaliknya setiap individu yang sedar dengan kepincangan yang berlaku itulah yang patut memulakan langkah memperbaiki disamping menyeru sahabat yang lain untuk turut bersama tanpa mengira di posisi mana pun kita bertapak.”
Menyedari keadaan diri yang serba dhaif dan serba kekurangan, hidup pula dalam budaya membaca yang memerlukan reformasi yang lebih, maka saya rasakan tindakan ini berbaloi. Dan saya berazam akan meneruskan usaha membaca dan membaca.
Jam 11.15 malam. Saya selamat sampai di hadapan kedai Misr Wa Sudan. Ruang hadapan kedainya yang cerah dan ceria masih belum menjamin isi yang serupa sifatnya. Mungkin ya, mungkin tidak. Guru saya selalu berpesan, ‘ Don’t judge a book by the cover ’. Pandangan dialih ke majalah di genggaman. Harga yang tertera di situ bukanlah nilaian sebenar. Penghasilan sesebuah majalah yang bermula dengan pemilihan tajuk, fokus, kolumnis, pengesahan, percetakan, pengedaran dan pemasaran itu juga mempunyai harganya.
‘Dan kalaulah boleh saya katakan, perjalanan yang ditempuhi pada malam ini hanyalah secebis dari harganya yang asal.’ Bisikku perlahan seraya mengatur langkah menuju ke rumah. Semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan qurra’il ummah al-maqbulin. Insya Allah!.
If I Were...
In English sectionFriday, April 20, 2007

If I were...
If I were a big leader, I would get myself close to Ulamak and scholars. I would listen to them before others. I would try hardly to follow The Prophet Muhammad steps as he led the ummah to Allah and successful life. I believe in Islam as a way of life. It always brought us to happiness and peace, no matter we live in numerous races or we live as community. Islam is a system of life. It was a perfect gift from The Creator. And I would never get myself dare to insult any part of the gift. So my friends, whether we like or not, we are a leader; a leader to ourselves, a leader to our coming family, to our community and so on. So the important for the leaders is a system. The best system you have, the best you will lead them.
New Year Resolutions
In English sectionThursday, April 19, 2007
Write a 100-150 word essay describing your New Year resolutions for 2007.
One of my resolutions for 2007 is to enhance my writing skill. In my opinion, writing is a way to keep our mind active and civilize. When we want to write, we must have some information. And we do know that by reading, learning and researching, we’ll get more info and knowledge. A good writer came from a good reader.
In order to achieve the resolutions, I plan my steps. Firstly, I want to assure that my writing in Malay will be improve and fluent. I joint kelantan magazine’s team as they always arrange profitable activities to those who like writing. Until now, we already publish a magazine, two bulletins and more than five Weekly leaflets. We also have “bengkel penulisan” to refresh our writing.
Secondly, I hardly try to attend English class every Thursday and Friday. The teachers and students there were always happy to help me to excellent the language. They also asked the students to write monthly article and publish it in The Voice bulletin. Since last year, we already publish twelve bulletins.
Thirdly, I read newspapers. I meant local newspaper. I like to read Liwa’ Islami. Then I’ll ask a few of my friends to pick up some interested articles and we translated them together. Sometime we tried to translate song or poet. Until now, we already translated four articles, a song and a poet. Most of them had already been published. I also tried to write my own Arabic article.
Although this essay will end now but I’ll try my best to keep my steps to enhance my writing skills will always move forward.
Bingkisan rindu buatmu teman...
In SasteraMonday, April 16, 2007

Bingkisan Rindu
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namaMu.. kau takkan ku lupa..
Sudah bertahun lama kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu di kalbu
Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih ku simpan
Ku bingkaikan kenangan
Hingga terkadangku tersenyum sendirian
Oh..perjalanan kita..masih jauh
Jalanan berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam
Jadi azimat penguat semangat
Menempuh masa hadapan
Harapanku.. kau kan bahagia selalu..
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Di kala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namaMu kau takkan ku lupa
Sematkanlah bingkisan rindu.. di kalbu..
“ Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam DOA nya ”
- Al-Ghazali -
BlogRoll
-
-
-
-
Test7 years ago
-
Nota Buat Guru 188 years ago
-
Terima Kasih HKKB10 years ago
-
minus11 years ago
-
-
Allah memuji Nabi Daud: Rool Model Muslim13 years ago
-
Married!13 years ago
-
-
Gaining Confidence To Speak English14 years ago
-
13 Tip Rumahtangga15 years ago
-
kontroversi perubatan mesir15 years ago
-
-
-



